Monday, May 11, 2009

"MAT REMPIT HANYA DI MALAYSIA"



Hari ni saya tertarik dengan satu tajuk akhbar yang mengatakan “ mat rempit hanya di Malaysia”. Mmm, bila di fikir balik memang betul kenyataan yang dikeluarkan. Kalau kita lihat 5 tahun kebelakangan ini pun industri filem ada menayangkan cerita yang berkisarkan tentang kehidupan mat rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya yang menggambarkan sungguh kritikalnya masalah ini. Adakah anda pernah menonton filem Negara lain mengenai ‘‘mat rempit’’ ? Jika ada tahniah kerana anda telah menyangkal tanggapan saya..dan saya mohon maaf. Namun ini la reality sekarang.

Keluarga yang bermasalah, mempunyai dua personaliti berbeza dan tidak patriotik. Inilah 'jiwa' mat rempit yang menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial, termasuk samseng jalan raya dan peragut.

Ada juga dalam kalangan mat rempit yang mengalami masalah indentiti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja. . Ini diakui sendiri bekas mat rempit yang sudah insaf dan menjadi Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, 33. Walaupun mat rempit ini mewakili daripada pelbagai kaum, namun yang paling menyedihkan ialah majoritinya adalah kaum melayu yang dilahirkan beragama.

Namun kita tidak boleh menyalahkan factor keluarga 100% dalam hal ini. Adakah kita tiada otak untuk fikir baik dan buruk segala perbuatan itu?..Tidak ingatkah kita pada ibu bapa yang bersusah payah, berpanas terik di sawah mahupn di lautan semata2 mencari sesuap nasi untuk menyara anak2nya. Tidak takutkah kita pada ayat surah al-Mukminun 23:37

(kehidupan itu ) tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, (di sanalah) kita mati dan hidup dan tidak akan dibangkit lagi

Waktu tue dah tak berguna lagi. Menangis air mata darah sekalipun kita tidak mungkin di bangkitkan lagi.

Kepada mereka yang berminat dan ekstrem sangat nak berempet, sertailah RD Club yang ditubuhkan pada 1997. RD Club cuba membantu dengan menawarkan alternatif kepada ahlinya dengan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat .


Beruk pun tau merempit juga.. TAPI manusia kalau mati merempit mati katak!, si beruk nie mati katak orang tak kisah sangat. yang kisah bila manusia nie mati sebab merempet..
Mari kita sama2 muhasabah.

3 comments:

rossees said...

hmm.. tu lar...

mungkin salah satu sebab diorang merempit sebab nak lepas tension... tension sebab tak kenal diri lagi kot... mungkin tak salah... yang salahnya diorang nak merempit kat jalan awam... x kena tempat...

penah tengok orang merempit dan bawa awek kat belakang, sekali terbabas masuk bawah satu kereta... memang ngeri lar tengok depan mata sendiri... darah... tak suka tengok darah...

hmm...

salam =)

sufi_sakinah said...

wasalam..
yup..waktu remaja nielah mereka sebenarnya tgh cr identiti masing..salah pilih kawan, hanyut la kite di bw arus dunia fana nie..peringatan utk diri juga yg sering alpa.

RD CLUB Malaysia said...

betul....tiada guna merempit...
pembaziran di masa muda sahaja....
percayalah..