Thursday, September 3, 2009

HAKIKAT KAWAN



Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui,
Yang bersilaturrahim kerana dengan beerkepentingan,
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar,
dan yang ada hanya berkroni untuk mendapatkan projek yang sedia ada,

Bersahabat hanya untuk mendapat nama,


Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui,
Yang menjadikan masjid sebagai tempat pertemuan,

Yang menjadikan program usrah sebagai tempat berkenalan,

Yang ada hanya pasar raya sebagai tempat 'membuang' usia,
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat hiburan,


Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita temui,
Yang suka berbicang mengenai dosa-dosa sendiri,

Yang menghidupkan ilmu yang ada,
Yang mensyiarkan ISLAM pada diri mereka,

Yang ada hanyalah berbicaang mengenai dosa orang lain,
Yang menghidupkan 'sunnah' barat!,
Yang melupakan kehidupan akhirat.


Kawan di akhirat zaman ini payah untuk kita temui,
Mungkin kesalahan pada diri yang perlu diberbaiki ,

Supaya memberi manfaat pada sahabat yang dikasihi.




- manusia paling lemah adalah yang tak sanggup mencari teman,

dan yang paling lemah daripada itu adalah mereka yang mensia-siakan teman yang sedia ada-

maka hargailah teman2 disekeliling anda.

Tuesday, August 18, 2009

"TAPI SAYA IKHLAS..."



“ Tapi saya Ikhlas ustaz nak memperisterikan dia!”..saya telah berzina dengan pasangan saya, tapi saya dah janji nak kahwin dengan dia bila berkemampuan nanti, saya sayang dia Ustaz?”..

Terkejut juga bila saya dengar dialog nie..mane tidaknya..tidakkah ia menyalahi konsep “IKHLAS BERZINA


Nilai Ikhlas sudah cukup elok dalam Islam.Hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan hambaNya. Namun Zina itu di HARAM kan dalam Islam. Malah dalam Al-Quran ada mengatakan “…jangan kamu hampiri zina.”


Setiap org mempunyai fitrah untuk disayangi dan dicintai. Diambil perhatian dan dibelai.dalam dunia ni siapa yang tak suka dibelai. Tidak normal la orang yang tidak suka dibelai,disayangi dan dikasihi. NAMUN semua itu ada batasan dan landasannya.


Nabi datang untuk selamatkan kita .Nabi bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)


Nilai akhlak merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya dan menyempurnakan. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Maka perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) .

Maka,niat yang kita buat kena ikhlas, cara pula kena mengikut syariat. Tapi syariat mengharamkan zina.. Jadi tiadalha istilah "ikhlas erzina"..ada yang tak kena tue.


p/s : cerita ini tiada kene mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. sekadar perkongsian.sama-samalah mengambil ibrah dari perkongsian ini.


"kemuliaanku kerna ISLAM"

Monday, August 17, 2009

AL-QAHHAR



AL-QAHHAR ( Yang Maha Mengalahkan)




Dialah yang Maha Mengalahkan, yang menguasai seluruh ciptaannNya dari luar dan dalam kekuatanNya yang tidak dapat di lawan. Tidak ada sesuatu yang dapat menghindar dariNya. Bumi dan langit tunduk kepadaNya. Berapa banyak 'alam' manusia dan bangsa yang telah dihancurkanNya!

"... katakanlah : Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dialah Tuhan Yang Maha Perkasa"(Ar-Ra'ad : 16)


" Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hambaNya. dan Dialah Yng Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui..."( Al-An'am: 18)



" kemuliaanku kerna ISLAM"


Sunday, August 16, 2009

KAU MUNCUL LAGI






Ramadhan hampir tiba..lagi beberapa hari lagi jika dihitung..''masih sempat kah aku?'' aku bermonolog sendiri..X berani untuk meneka…hadis nabi juga ade kata, “sesuatu yang paling hampir dengan manusia adalah kematian”..jadi makin teringin aku bertemu ramadhan, semakin dekat pula rasanya kematian itu..berdoa je la..semoga hajat untk bertemu Ramadhan kesampaian setelah setahun penantian.


Bercerita mengenai Ramadhan, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Selatan Thai. Kita mungkin dah biasa bila menyentuh isu Palestin, buat kutipan sana-sini, ceramah mengenai Palestin,boikot barangan Yahudi, media-media pun sentiasa sibuk membuat liputan mengenai isu ini..sampaikan artis-artis kita pun sanggup mengadakan konsert hanya untuk mengutip sumbangan kepada Palestin!. Ok, yang tue mungkin kita sudah biasa dah semoga setiap tindakkan kita untuk membantu saudara se-Islam kita diberi ganjara oleh Allah.

Namun bila kata pasal selatan Thai, org hanya tahu yg selatan Thai sedang bergolak, x aman, ada pengeboman dan bla…bla...bla…(mungkin aku pun sama kalau tak blaja kat utara)..apa2 pun perkara nie buat aku lebih peka pada isu semasa.

Eh, apa kaitannyer dengan Ramadhan plak?!!


Ok la, saya crite skit. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai berlaku pada bulan Ramadhan tahun 2004 (aku masih bersekolah menengah) yang menyebabkan kematian 85 org kerana sesak nafas ditindan beramai2 dalam trak askar. Liputannya di kaca tv telah menyedarkan ramai pihak terutama masyarakat Islam di sini. Namun begitu liputan media yang tidak konsisten menyebabkan majority masyarakat tidak memahami apakah yang sebenarnya berlaku di Selatan Thai.


Kisah penindasan dan peminggiran penduduk asal di Selatan Thai yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Muslim, dari segi hak ekonomi, hak pendidikan, hak perundangan dn hak perjawatan dlm kerajaan tidak banyak yang diketahui umum. Inilah sebab2 berlakunya pemberontakan di wilayah ini. Selain peristiwa di Tak Bai, berlaku juga pengeboman di dalam Masjid Krisik dan beberapa siri pembunuhan beramai-ramai yang jelas bertentangan dengan hak2 kemanusiaan untuk menewaskan kumpulan pemisah dan sekaligus menjatuhkan imej tentera Selatan Thai dalam kalangan masyarakat dunia.


Perintah darurat yg tidak membenarkan warganegara asing masuk ke kawasan
‘ red zone’ berjaya menutup kes ini di mata masyarakat dunia. Di Malaysia pula, walaupun kita berjiran, liputan di Palestin adalah lebih berbanding negara jiran (Selatan Thailand).. kerana ape?!!..mungkin juga kerana kepentingan politik..


Namun apa yang berlaku sebenarnya, pembunuhan berlaku saban hari, ia dilakukan dengan penuh terancang dan mengelirukan masyarakat dunia untuk menutup kesalahan mereka. Kes yang terbaru adalah pembunuhan kejam 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al Furqan, Narathiwat pada 9 jun 2009. Jemaah ini dibunuh semasa mereka sedang rukuk’..ini diceritakan sendiri oleh aktivis pelajar dari Pathani. Majoriti masyarakat percaya bahawa ini berlaku disebabkan kumpulan ‘pengganas’ atau kumpulan ‘pemisah’ seprti yang diwar-warkan oleh media. Walhal mereka semua ditindas oleh pihak yang tidak mahukan agama Islam dan bangsa Melayu terus bertapak di bumi Pathani (Selatan Thai).




Lihat lah betapa golongan kafir ini tidak pernah berhenti untuk memusnahkan agama Islam selagi mane kita tidak mengikut mereka..dalam Al-Quran juga ada diceritakan..maka kita selaku orang Islam bukanlah masanya untuk kita bergaduh sesama sendri, mengatakan jemaah ini lah yang terbaik, parti inilah yang terbaik, saling tuduh menuduh anra sesama Islam. Makin gembiralah mush kita disana kerana tugas mereka menjadi mudah kerana umat Islam sendiri sudah berpecah. TAPI masa sekrang adalah masa untuk kita semua bersatu pada menentang kemungkaran dan kejahilan. Marilah sma2 kita lakukan penghijrahan, semoga Ramdhan kali ini membawa seribu satu rahmat dan keinsafan kepada diri kita semua.

''Kemuliaanku kerna ISLAM''

Thursday, June 25, 2009

ENGKAU TIDAK AKAN 'MATI'


Allah telah mengungkapkan dalam al-Qur'an, bahawa orang-orang yang meninggal di jalan-Nya sesungguhnya tidaklah "mati", tetapi hidup di sisi-Nya. Keadaan mereka ini diungkapkan dalam ayat-ayat sebagai berikut:


“Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bersenang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman.” (Q.s. Ali Imran: 169-71).


“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyadarinya.” (Q.s. al-Baqarah: 154).


Bahawa Allah akan menyempurnakan rahmat bagi orang-orang yang syahid dan bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam surga merupakan rahasia Allah lainnya yang diungkapkan dalam al-Qur'an.


“Dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenankan-Nya kepada mereka.” (Q.s. Muhammad: 4-6).


“Maka Tuhan mereka mengabulkan permohonan mereka, 'Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik'.” (Q.s. Ali Imran: 195).


“Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.” (Q.s. al-Hajj: 58-9).


Kenyataan yang diungkapkan dalam ayat-ayat di atas tentang orang-orang yang gugur di jalan Allah adalah di antara rahasia-rahasia dalam al-Qur'an, yang pada umumnya tidak diketahui orang ramai.


Aduhai...jauh sekali diri ini berbnding mereka yg berjuang pada zaman rasulullah.sedikit sekali sumbangan ini pada Islam. Tapi ALLAH dah janji jika kita tolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita. Kalau bukan sekarang, pasti akan datang, kalau bukan pada kita, mungkin pada keluarga atau generasi kita, kalau bukan di dunia sudah PASTI ganjaran besar diakhirat sana. Wallahualam.



"kemulianku kerna ISLAM"

Thursday, June 18, 2009

" RABHITAH"


Sesungguhnya Engkau tahu,


Bahawa hati-hati ini telah bersatu,


Berhimpun dalam naungan cinta-Mu


Bertemu dalam ketaatan,


bersatu dalam perjuangan


Menegakkan syariat dalam kehidupan


Kuatkanlah ikatannya,


Kekalkanlah cintanya,


Tunjukilah jalan-jalannya,


Terangilah dengan cahaya-Mu,


Yang tiada pernah padam,


Ya Rabbi bimbinglah kami.

Lapangkanlah dada kami,


Dengan kurnia Iman,


dan indahnya tawakal pada-Mu,


hidupkan dengan maghrifat-Mu,


Matikan dalam syahid dijalan-Mu,


Engkaulah pelindung dan pembela




''PERANG SIBER''

Selain melakukan serangan military kepada negara2 seperti Iraq, Afganistan dan Palestin terutamanya, Zionis beserta konco-konconya terus melakukan serangan siber atau lebih dikenali dengan serangan pemikiran.Mari kita lihat apakah serangan siber yang telah Berjaya dilakukan oleh mereka.
Antara yang telah dilakukan adalah :
1.MEMPERBANYAKKAN HIBURAN
Hal ini khusus kepada golongan belia dan remaja Muslim. Bila kita kata hiburan, ini termasuklah semua jenis tarian, permainan, nyanyian , fesyen dan lain-lain. Pada zaman kini, kaedahnya semakin canggih seperti menerusi program reality TV dan internet yang dengan mudah remaja-remaja tededah dengan hiburan.
Program hiburan ini secara halusnya telah merosakkan akhlak remaja.Ini dihuraikan oleh mereka, “ Kita mesti bekerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral manusia daripada segala segi lapangan, supaya dengan mudah kita dapat menguasai mereka”.
2. MENJAUHKAN UMAT DARIPADA ALQURAN

“ Selama Al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selama itulah Eropah tidak mungkin menguasai Timur, selamanya itu juga Eropah tidak akan hidup aman” ~ Gladstone, PM Britain~

Al-Quran adalah sumber kekuatan umat. Orientalis barat yang mengkaji Islam mendapati sendiri kehebatan Tamadun Islam terletak pada keakrabannya pada Al-Quran. Perdana Menteri Britain yang menyedari hakikat itu tela mewujudkan ‘kelas agama’ kepada anak-anak peribumi, Alquran di ajar tetapi sekadar membaca, bukan untuk diifaami isi kandungannya. Al-Quran dijadikan pedoman hidup dan juga insprasi bagi melakukan penyelidikan saintifik oleh barat . Jika mereka orang bukan Islam menggunakan sumber A-Quran, bagaimana pula kita? Bukankan holly Quran adalah buku panduan kita?
3.MERUNTUHKAN SITEM KHALIFAH

Zionis dan musuh-musuh Islam terus berusaha supaya umat Islam tidak merasai kepentingan khalifah, ketua seluruh umat di dunia. Mereka berusaha menanamkan bibit perbezaan antara bangsan dan Negara. Kesatuan umat dipecah-belahkan.
Kemudian wujudlah senario Muslim Arab berasa lebih hebat berbanding Muslim Turki, Muslim UEA lebih hebat berbanding Muslim Yaman, Muslim Malaysia lebih hebat berbading Muslim Bangladesh. Sedangkan Islam mengajar bahawa kemulian disisi Allah bukan dilihat menerusi warna kulit , harta, kecerdikan dan sebagainya malah kemulian disisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa.

Yahudiyang memusuhi Islam jiga komited dalam peperangan siber selain peperangan militari. Malah mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang memusuhi Islam. Pastikah kita selamat daripada sebarang 'peluru sesat' dalam peperangan ini? Adakah aku, engkau dan yang lain2 mahu menjadi penonton kepada sebilangan umat yang 'cedera parah' dalam peperangan ini?

Wallallahualam

"kemuliaanku kerna ISLAM"

Friday, May 22, 2009

'ONLINE' DENGAN ALLAH?


Dengan suhu bilik yg sejuk, tangan yg kering, mata yang layu, saya cuba mencari motivasi diri. Duduk depan pc untuk cuba meringankan tangan menekan button keyboard., merangka-rangka ayat setelah beberapa hari tak post entri yang baru..



Baiklah, saya nak berkongsi mengenai satu artikel dalam buku yg dibaca. Sebelum mula saya nak lontarkan satu persoalan. Sekiranya seseorang meminta tolong kita berulang-ulang kali, secara fitrahnya kita akan jatuh kesian kerana melihat kesungguhan orang tue x jemu2 walaupun anda menolak untuk membantu. Akhirnya kita terdorong juga untuk membantu menunaikan permintaannya. Pernahkah anda mengalaminya?



Pagi tadi, malam semalam, petang esok, tengahari ini malah malam nanti sudah pasti anda dan juga saya tidak jemu-jemu memohon kepada Allah supaya ditunjuki jalan yang lurus, diberi kecemerlangan dalam pelajaran dan kerjaya, dilimpahkan rezki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan macam2 lagi permintaan. Senang kata secara elektroniknya, kita selalu ‘online’ dengan Tuhan untuk memohon sesuatu. Permohonan tu dah beberapa ratus bahkan beribu-ribu kali kita ajukan pada Allah. Namun apakah status permohonan kita? Adakah Berjaya atau tidak permohonan tue? Adakah button ‘semakan’ ketika sedang ‘online’ dengan Allah?



Namun sebagai umat Islam yang bertaqwa, kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan permohonan yang diajukan. Berdasarkan firman Allah “ berdoalah nescaya akan Aku perkenankan.”



Begitulah hubungan dengan Allah, kita kerap meminta dan apabila Allah dah tunjukkan, kita kerap juga mensia-siakan atau tidak mendengarnya.. Ini lah yg berlaku pada saya ,pembaca dan pada semua manusia secara amnya. Jawapan dari Allah tidak kita dengari, jalanNya tidak kita ikuti, teladan yang ditetapkan pula kita pinggirkan sebab adanya sifat ego. AKHIRNYA kita tidak dapat apa yang dihajati, selalu gagal, duit poket pula sentiasa kurang, anak2 pula semakin degil, jika sedang belajar terasa susah untuk mengingati ilmu, hati pula terasa semakin jauh. Rasa diri tidak layak untuk berubah sebab Allah tak pernah mengabulkan permintaan.



Hakikatnya, apabila kita meminta pada orang lain maksudnya, kita serba kekurangan dan orang yang diminta itu mempnyai kelebihan. Kita LEMAH, kita HINA,kita KERDIL. Seeloknya kita lenturkan keegoan kita dengan merasa dunia ini bukan milik kita. Buatla sepertimana orang yg serba kekurangan.



Sebagai khalifah kita diberi kuasa tertentu. Antara kuasa itu adalah akal fikiran yang tak ada pada makhluk lain, Dengan akal manusia boleh mendalami ilmu dan dengan ilmu manusia mampu ‘menundukan’ makhluk lain. Dengan sains dan technology gunung yang tinggi mampu kita daki, bukit dapat diratakan, lautan dapat diselami untuk melihat kebesaran Allah. Ilmu yang dicari pula bukanla sekadar mahu lulus alam peperiksaan tapi untuk diguana di hari kemudian.



Allah tidak mengkabulkan doa kita hari bukan ini bermakna Dia lupa pada kita. Tapi Allah mahu hambanya terus dekat dan memohon kepadanya. Dia mahu kita selalu ‘online’ kepadaNya siang dan malam lebih2 di sepertiga malam. Ini juga tarbiyah daripada Allah. Janganlah bersedih. Allah sentiasa bersama orang sabar dan istiqamah. Setiap orang Allah dah berikan rezeki sesuai dengan dirinya, pada tempatnya dan pada masanya.


Semoga entri kali ini memberi sedikit suntikan pada anda juga pada saya untuk meneruskan hari2 yang mendatang dengan lebih tabah dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dunia.


Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU!


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji kukota



Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya



Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta


Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin

Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi




Sungguh mulia tugas seorang guru.

Engkau mendidik kami tanpa jemu.

Engkau menggantikan ibu bapa kami ketika di sekolah.

Keringat mu dicurahkan untuk mendidik anak bangsamu menjadi orang yang berguna.

Engkau sabar melayan karenah kami yang bermacam rupa.

Apa yang engkau harapkan adalah kejayaan anak didikmu di hari muka.

(ok la, ana x pandai nak mengarang sajak)


apa2 pun selamat hari guru pada semua guru, baka2l guru, dan tidak lupa juga kepada pensyarah2. mereka juga guru, guru kepada ilmu dalam bidangnya.





Thursday, May 14, 2009

USTAZ DATANG LAGI

Pagi ni masing2 sibuk siapkan kira2 yang tergendala semalam...ana?!..alhamdulillah ana berjaya siapkan semalam dengan penuh emosi..tidur awal untuk sambung di awal pagi..kire ape?!...biarla rahsia kira2 ape..hanya 4 orang berserta beberapa orang pegawai sains sahaja yang tahu apa yang kami kira..
Dipendekkan cerita oleh kerana ana ter'siap' awal..maka, pagi nie agak free...otak pula tengah duk fikir2 ada apa2 program tak pagi nie yang boleh ana pergi..tetiba ana teringat ada satu program di DK A.. tue pun secara kebetulan ana terbaca surat jemputan ke program anjuran PWUSM..(persatuan wanita usm kot)..,sebab kebanyakkan yang datang adalah wanita..kurang dari separuh lelaki..nasib baiklah penceramah tu lelaki , Ustaz Mohammad Isa b Abdul Rahim, dari Jabatan Mufti Kedah. Ceramah bertajuk ''Ustaz Datang Lagi - Penawar Bagi Hati -
Dalam ceramah beliau, beliau menyentuh mengenai 10 perkara yang boleh menjauhkan hati dengan Pencipta.

1 Banyak bercakap
orang yang banyak bercakap dikhuatiri terselit penipuan. Namun
itu bukan alasan untuk manusia tidak menjalankan tugas dakwah.
2. Gelojoh ketika makan
Makan dengan banyak. Makan mengikut nafsu sehingga
membazir.
3. Suka marah-marah
Sesiapa yang mempunyai sifat ini perlulah berusaha untuk
mengawal emosi supaya tidak menjadi kebiasaan. Kita diajar untuk bermanis muka dengan sesiapa sahaja. Senyum juga merupakan suatu sedekah yang patut kite rebut. Namun jangan di salah guna senyuman itu!
4. hasad dengki
Hasad dengki membawa permusuhan dan perasana tidak tenang
terhadap kelebihan yang ada pada orang lain dengan harapan supaya kelebihan itu ditarik darinya.Ini seolah2 kita tidak mensyukuri nikmat Allah malah sibuk pula memikirkan bagaimana dapat menjatuhkan si dia.
5.Bermegah-megah
Bermegah-megah dengan jawatan, dan harta menyebabkan hati jauh
dari Allah kerana lupa bahawa segala nikmat pemberian adalah datang dariNya bukan hanya atas usaha anda.
6. ego
yang boleh menimbilkan riak.
7. cintakan dunia
melebih-lebihkan dunia sehingga mengenepikan hak Allah.
8. ujub dan bangga diri
9. gemarkan pujian
10.kedekut
Namun hakikatnya banyak lagi perkara yang secara sedar atau tidak boleh menjauhkan diri kita dengan Pencipta..Sama2 kita muhasabah (ana juga x terkecuali) =)

Wednesday, May 13, 2009


Hari ni saya terpandang satu artikel yang berkaitan dengan rokok .

" Dan infakkanlah (hartanmu) k jalan Allah , dan janganlah kamu jatuhkan diri ke dalam kebinasaan dengan tagan kamu sendiri..." (1:195)


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa mereka yang merokok terdedah kepada 25 penyakit yang membawa kepada maut. Kesan bagi perokok dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Selain itu asap rokok juga membawa kesan yang buruk pada orang disekeliling (second hand smoker), termasuklah ahli keluarga tercinta.


Selain itu, bagi seorang perokok yang lebih 20 tahun merokok, sekurang2nya mereka telah belanjakan tidak kurang daripada RM 38000 hanya untuk membeli rokok. Ini merupakan suatu kerugian dan sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang boros dan membelanjakan harta kejalan yang boleh mendatangkan mudharat. Alangkah eloknya jika duit yang digunakan untuk rokok itu disalurkan kepada mana2 badan kebajikan serta dengan tujuan kebaikan. Setidak2nya dapat juga bonus di akhirat kelak!


Mengikut kajian pula, asap rokok mengandungi > 4000 bahan kimia yang merbahaya. Ini termasuklah racun, alcohol dan bahan2 yang boleh menyebabkan kanser. Selain membawa maut, ada sebenarnya turut mengajak orang sekeliling anda yang tidak bersalah juga menderita seperti anda. Kejam!..Bayangkan jika itu berlaku pada anak anda!
(ni juga saya pesan buat abg2 sy,abg.mus, abg bidin, abg.wan) =)
Sayangi la diri anda, kasihanila diri kita..diri kita berhak mendapat kesihatan yang sempurna.
Pesanan buat orang semua.

Monday, May 11, 2009

"MAT REMPIT HANYA DI MALAYSIA"



Hari ni saya tertarik dengan satu tajuk akhbar yang mengatakan “ mat rempit hanya di Malaysia”. Mmm, bila di fikir balik memang betul kenyataan yang dikeluarkan. Kalau kita lihat 5 tahun kebelakangan ini pun industri filem ada menayangkan cerita yang berkisarkan tentang kehidupan mat rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya yang menggambarkan sungguh kritikalnya masalah ini. Adakah anda pernah menonton filem Negara lain mengenai ‘‘mat rempit’’ ? Jika ada tahniah kerana anda telah menyangkal tanggapan saya..dan saya mohon maaf. Namun ini la reality sekarang.

Keluarga yang bermasalah, mempunyai dua personaliti berbeza dan tidak patriotik. Inilah 'jiwa' mat rempit yang menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial, termasuk samseng jalan raya dan peragut.

Ada juga dalam kalangan mat rempit yang mengalami masalah indentiti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja. . Ini diakui sendiri bekas mat rempit yang sudah insaf dan menjadi Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, 33. Walaupun mat rempit ini mewakili daripada pelbagai kaum, namun yang paling menyedihkan ialah majoritinya adalah kaum melayu yang dilahirkan beragama.

Namun kita tidak boleh menyalahkan factor keluarga 100% dalam hal ini. Adakah kita tiada otak untuk fikir baik dan buruk segala perbuatan itu?..Tidak ingatkah kita pada ibu bapa yang bersusah payah, berpanas terik di sawah mahupn di lautan semata2 mencari sesuap nasi untuk menyara anak2nya. Tidak takutkah kita pada ayat surah al-Mukminun 23:37

(kehidupan itu ) tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, (di sanalah) kita mati dan hidup dan tidak akan dibangkit lagi

Waktu tue dah tak berguna lagi. Menangis air mata darah sekalipun kita tidak mungkin di bangkitkan lagi.

Kepada mereka yang berminat dan ekstrem sangat nak berempet, sertailah RD Club yang ditubuhkan pada 1997. RD Club cuba membantu dengan menawarkan alternatif kepada ahlinya dengan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat .


Beruk pun tau merempit juga.. TAPI manusia kalau mati merempit mati katak!, si beruk nie mati katak orang tak kisah sangat. yang kisah bila manusia nie mati sebab merempet..
Mari kita sama2 muhasabah.

Sunday, May 10, 2009

BAGAIMANA DAPATKU MENITI ?




Dimana jalan yang lurus?


" Dengan yang demikian berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu. kerna sesunggunya engkau berada di atas jalan yang lurus" (al- Zukhruf : 43)



Siapa akan melalui jalan ini?


1) ORANG YANG MENYEMBAH ALLAH


" Sesungguhnya Allah iala Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh Itu beribadatlah kamu kepadnya. Inilah jalan yang lurus " ( al-Imran : 51)


2) ORANG YANG BERSYUKUR

" Dia sentiasa bersyukur akan nikmat2 Allah. Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus "
( al-Nahl : 121)


Kemana jalan ini membawaku ?


KEPADA CAHAYA IMAN

" Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukan jalan2 keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan Nya dan dengannya Tuhan mengeluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya ( iman) yang ternag benderang, dengan izin-Nya dan ( dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus" (al-Maidah : 16)

" kemuliaanku kerna ISLAM "

BUAT MEREKA YANG BERGELAR SAHABAT

Minggu lepas saya berpeluang berjumpa dengan sahabat2 lame..sememangnya inilah detik yang saya nantikan..semasa sekolah dahulu, saya sedikit tersedar ( sedikit je ) bahawa untuk mencari 1000 orang musuh memang senang tapi untuk mencari seorang sahabat amat susah..sebab itu saya nasihatkan kepada diri dan juga pembaca sekalian supaya hargailah setiap pertemuan dan sahabat2 yang kalian ada sekarang kerna belum tentu pada masa hadapan anda dapat berjumpa dengan mereka.

Menjejakkan kaki di matrik mengajar saya erti bersahabat. Bila kata bersahabat semestinya kita mahukan hubungan itu disulami dengan kejujuran. Alangkahnya indahnya bersahabt lebih2 lagi apabila bersahabat kerna Allah.

Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang tidak dicemari langsung apa2 niat yang tidak baik atau untuk kepentingan diri. Ini kerna ada juga orang yang bersahabat dan berkawan hanya untuk diajak teman gembira. Tapi bila bersedih semuanya lari entah kemana. Itulah lumrah manusia yang bersahabat bkan kerna Allah.

Istimewanya bersahabat ini telah dirakamkan dalam bebrapa hadis. Antara hadis yg sering kita dengar adalah yang diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim. Dalam hadis itu menyatakan antara 3 sifat yang memungkinkan kita menikmati kemanisan iman adalah tiada yang dicintai melebihi Allah dan Rasulullah, membenci kekufuran seperti dia membenci seksa neraka dan terakhir ialah mengasihi sahabat kerana Allah. Begitu tingginya kedudukan persahabatan yang terjalin hasil keikhlasan mencari redha ALLAH.

Hadis lain pula yang dibawa oleh Imam al –Nawawi. Antara 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy diakhirat nanti adalah “ Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerna Allah.” Semoga kita semua dikurniakan persahabatn sebegini.

Ya Allah kurniakanla kami sahabat yang mengAsihi kami kerna-Mu, kurniakan juga kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu.”
" kemuliaanku kerna ISLAM"


Wednesday, May 6, 2009

SAYAP KEBEBASAN

Pernahkah anda berfikir bagaimana burung terbang?
Burung yang terbang adalah suatu keajaiban yang amat kompleks. Ia amat menakjubkan bagi sesiapa yang memerhati dengan mata hatinya. Ia telah dikaji oleh para saintis dan penemuannya adalah suatu keunikan yang dikurniakan oleh Allah supaya kita sama2 berfikir. Antara keunikannya ialah :
  1. Paru2 burung adalah sangat unik kerana ia menyedut dan menghembuskan udara melalui saluran yang berbeza.
  2. Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh malah lebih kukuh daripada kapal terbang untuk menghadapi rintangan udara dan tekanan atmosfera yang semakin rendah walapun bahagian dalamnya adalah kosong dan berongga.
  3. Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik tanpa berpusing2.
  4. Bulunya dibentuk dari sumber protein yang bernama keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak tanpa melalui sebarang proses pengilangan,pempolimeran dan pengaloian.
  5. Burung membersihkan bulunya dengan menggunakan minyak yang dikeluarkan daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini lah yang menjadikan bulu burung sentiasa kemas, berkilat ,licin dan kalis air.
  6. Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada yang sangat kuat untuk menyokong otot2 sayap.


"Tidakkah mereka memerhatikan burung2 yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang2 yang beriman" ( An-Nahl : 79)
" kemuliaanku kerna ISLAM"

Monday, May 4, 2009

VIRUS LAGI!!




Bencana alam menurut ahli sains, adalah disebabkan hukum alam “ law of nature” dilanggar. Menurut ahli agama pula bencana alam boleh berlaku apabila manusia melanggar syariatullah , yakni dengan meninggalkan apa yang diperintahkan dan melakukan apa-apa yang diharamkan. Kesimpulan yang sama ini menunjukkan bahawa sains dan agama adalah dua perkara yang serasi dan harmoni. Jika kita bijak memanfaatkan kedua-dua bidang ini kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka diantaranya ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sediri.” ( Al-Ankabut : 40)

Jika kita lihat pada hari ini, umat Islam di Palestin dan juga ditempat2 lain berhabis-habisan mempertahankan tanah air mereka dengan kelengkapan senjata yang tidak setanding pun dengan puak Yahudi (Zionis) serta puak yang menentang Islam. Tiada siapa yang tahu keperitan yang dialami terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. Usaha kita sebagai saudara seIslam hanya mampu mendoakan agar Allah membantu umat2 Islam yang ditindas dan memberi kemenangan kepada Islam.

Namun sekarang kita digemparkan dengan Wabak Influenza A (H1N1) yang mula menular lebih meluas di Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Latin dan di Kanada. Wabak ini kembali menyerang babi, ketika kerajaan Mexico membayangkan akan membenarkan perniagaan dan sekolah dibuka semula selepas ditutup sejak minggu lalu. Ini amat dikhuatiri kerana virus ini membawa maut bagi sesiapa yang diserang.
Perkembangan terbaru yang menyaksikan virus maut itu tersebar ke Colombia kes pertama disahkan di Amerika Selatan. Hal ini amat membimbangkan pakar kesihatan kerana musim selesema dijangka bermula di Hemisfera Selatan.

Sama2 la kita berfikir bahawa Allah baru ‘menjentik’ virus itu untuk dijadikan peringatan. Mudah bagi Allah untuk menurunkan bala pada sesuatu umat itu. Tiada senjata canggih yang diperlukan. Jika kita renung kembali, kewujudan khinzir telah lama namun darimana datangnya virus ini? Maka, Allah lah selayaknya tempat kita kembali.
" kemuliaanku kerna ISLAM"

MY JOURNEY

Cuti hujung minggu lepas , ana berpeluang menjejakkan kaki di Kedah. Mengikut seorang rakan. Walaupun semua kawan2 ana dah bertebaran di bumi Allah (pulang ke rumah masing2) lepas final exam, tapi ana mengambil keputusan untuk stay je kat u..(lagi pun ana praktikal kat sini)..
Jadi ana nak record kan kenangan p kedah hari tue..
Dalam perjalanan ke kuala Nerang, kami berhenti di Gurun memandangkan perut dah berbunyi2..perjalanan diteruskan melalui Pendang..wah kat sini ana x lepaskan pluang ambil gambar sawah..maklumlah kat Johor xde sawah..kalau ade pun ana x pernah nampak.



kami pun sampai...(zzzzzzzzz)
Petang tue, sahabat ana ajak p jalan kampung . Kali nie lagi banyak sawah!..

(kami sedang memerhati sesuatu)




kering la.....






Petang tue cuaca panas, tapi ana gian ngan sawah padi..ambil la juga gambar kat sane.




hah, padi yang belum menguning..
keesokan harinyer..
Ana bangun dengan bersemangat. Hri ni cuti..walaupun ana x kerje lagi .
Ana bercadang nak tgk siaran TV. Mungkin ada brite meanarik. Tapii ana berminat pada satu siaran nie..kalau kat rumah ana, ni siaran orang tua2 je..tapi ana join la sekali.
"SAMBUTAN HARI PEKERJA"
hah tue la siarannyer..ana ON je..layan je..lepas dah ucapan dari PM baru , persembahan dari pasukan kebudayaan. Yang ana bersemngat nak tengok sebab pasukan Kesenian dan Warisan tue adalah dari Johor.
Tapi....


















Sedang ana duduk tetiba, emak kawan ana daang, eh nie persembahan dari mane nie, nie laki ke perempuan..awat pakai cam tue..(agak2nyer, apa yg anda nak jawap?)
Agaknyer nie la warisan kebudayaan sekarang.

Saturday, May 2, 2009

''AYAHKU PENJENAYAH, BAGAIMANA DIRIKU?''



Siapa yang tidak kenal Abu Jahal? Beliau adalah antara penentang kuat Islam dan Nabi Muhammad. Namun, itu tidak menghalang anaknya menjadi Muslim yang baik, malah pejuang Islam yang komited. Itulah dia Ikrimah bin Abu Jahal, salah seorang ahli syurga.

Ikrimah adalah hero musyikin Mekah semasa perang Uhud. Nama yang jarang kita dengar. Sebelum menjadi Muslim, beliau sangat komited memerangi Islam dan Rasulullah. Beliau pernah bercita-cita membunuh rasul terakhir di samping membunuh ramai sahabat Rasulullah dalam siri peperangan. Dendamnya kepada Islam sungguh membara kerana menyaksikan kematian ayahnya Abu Jahal dalam Peperangan Badar.

Semasa pembukaan Mekah, Ikrimah cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, bekas isterinya (sudah menjadi muslim) berjaya memujuknya supaya tidak melarikan diri serta beriman kepada Allah. Setelah beriman, beliau secara peribadi meminta Rasulullah berdoa supaya Allah mengampunkan segala dosa dendam, benci dan permusuhan kepada Islam sebelum ini. Dia tahu , segala dosanya akan diampunkan Allah apabila dia mengucap dua kalimah syahadah. Namun, dia mahu mendengar sendiri munajat nabi terhadapnya.

Nabi pun berdoa untuknya. Selepas mendengar doa daripada Nabi, Ikrimah berasa senang hati dan gembira lalu berkata. “Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku ganti berlipat kali ganda untuk membela Islam. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan berlipat kali ganda untuk membela Islam. Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir ”

Nama Ikrimah ini jarang sekali kita dengar. Namun apa yang ingin disampaikan disini ialah tidak ada sebab bagi seseorang itu untuk tidak bersama2 kembali kepada Islam dan menjalankan tugas2 dakwah. Saya kata demikian kerana kita sering mengalami fenomena dimana ada segelintir individu yang memberikan alasan bahawa dia tidak layak untuk berada ‘disini’. Dengan alasan belum cukup ilmu, bukan dari sekolah agama, masalah akidah keluarga dan sebagainya. Adakah tugas dakwah ini kita letak kepada golongan ustaz/ustazah, orang yang berlatar sekolah agama, orang2 masjid?.. (ni la mentality masyarakat)..
ISLAM itu bukan untuk mereka tapi Islam untuk semua yang mengimaninya. Sesungguhnya iman itu memang tidak diwarisi tetapi kita yang patut mencarinya.
''kemuliaanku kerna ISLAM''













Friday, May 1, 2009

SEKIRANYA SKRIN BOLEH BERKATA-KATA


(aku dan imaginasiku menerusi pembacaanku)


Majoriti semua mahasiswa/i mempunyai lattop sendiri. Internet pula adalah salah satu medium yang penting untuk ekses maklumat. Internet nie juga merupakan salah satu anugerah Allah. Sekiranya skrin, tetikus, papan kekunci dapat berkata-kata, tentu mereka dah tegur mana2 penggunaan yang buat maksiat menerusi internet. Cume yang pasti pada hari akhirat kelak, segala tubuh badan kita kecuali mulut yang akan menjadi saksi terhadap lakonan kita di ‘pentas’ dunia ni.


Setiap orang akan menyesal :


· Anak menyesal kerana kurang menghormati dan membuat kebajikan kepada bapanya.


· Pelajar menyesal kerana kurang bersungguh mencari ilmu.


· Suami isteri serta ibu bapa menyesal kerana kurang memberI kasih sayAng dan bimbingan ahli keluarga.


Cube kita bayangkan sekiranya skrin dan papan kekunci dapat bergerak. Barangkali (bagi pengguna yang salah guna internet) skrin mogok, enggan menayangkan sebarang visual. Tetikus pula akan membiarkan tangan melekat padanya. Manakal papan kekunci akan melebur dan membentuk tulisan seperti :


“ Allah melihat apa yang anda buat”


“ Iman inside itu bukan setakat di lidah dan di hati tetapi dibuktikan melalui amalan”


“ Mati akan datang pada bila2 masa je”


“ Jangan berlagak apabila boleh membayar bil internet dan elektrik. Dengan apa boleh dibayar bil mata dan bil jari kamu?”


Sekiranya tetikus boleh bertukar menjadi tikus, sudah pasti dia akan gigit tangan mana2 pengguna yang menyalahgunakan internet untuk tujuan maksiat.


(peringatan untuk diri juga)

Wednesday, April 29, 2009

'AKU' MAHU YANG MANJA






Entri kali nie , ana nak bercerita mengenai ‘manja’..hah…tak kite nk cerita juga..mungkin anda rase meluat dengan tajuk nie tapi teruskan la membaca..pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan..mula la tue mencebek muka..eh faham ke ape tue ‘mencebek’?..sape nak faham belaja bahasa jawa dulu…kalau menngenai manja nie ia paling sinonim dengan perempuan/muslimah/wanita..yang laki plak susah nak tengok yang manja2 nie…nie ikut kajian ana la,maklumlah lah dalam family ana ada 4 org putera dari 6 orang..jadi ana tengok laki nie kalau manja pun sebelum kahwin manja dengan emak..dengan ayah skit2 la tue pun kalau nak sesuatu..ye tak?..nie hanya teori buatan dari ana..dan lepas kahwin boleh la lepas manja ngan suami/isteri..hah bab nie ana tak tau la sebab tak berpengalaman lagi.



Bagi orang yang sedang bercinta pula manjanyer bukan main…pijak semut pun tak mati..nak jaga punyer pasal perempuan tue di pimpin tangan bile nak melintas jalan, suruh peluk kuat2 kalau naik motor dengan alasan takut jatuh..lepas kawin dah ada anak 2 3 4 5++, suami jalan depan,isteri sebatu tertinggal kat belakang..hah nie ana dengar dari ceramah2 la..anda juga pasti selalu mendengarnya.(nampaknye ana menyebelahkan perempuan)







Jangan ingat manusia je ada perasanan manja ye ,perasaan untuk disayangi tapi haiwan pun ada..contohnya kucing, salah satu sebab kenapa orang bela kucing adalah sebab kucing nie bersifat manja..ada masenya ia akan gesel2 badan kat tuannya..kalau kite tengah duk tengok tv kucing nie pun sibuk nak duk same2..hah nie speisis kucing kat rumah ana la..kirenya kucing nie dah boleh bau sape tuannya dan ia akan manja dengan tuannya. Ade juga orang bela kucing sebab nak axcercise mlm2..kejar kucing tue sampai la kucing tue naik semput..hah ade juga orang yang macam nie..ada juga yang bela kucing sebab nak tolong tangkap cik Ti kat rumah..hah x kesah la yang penting memang orang pilih kucing.





Kalau seorang pekerja pula die akan berkelakuan baik, cube2 nak manja nak tarik hati majikan supaya majikan senang dengan die..tapi kekadang meluat juga tengok orang yang terlebih2 manja nie..maksudnya kene la bertepat..jangan pulak yang dah kahwin, tapi kat tempat kerja bermanja dengan orangn lain..eh sedikit panjang pula entri kali nie..




Ok la, yang atas2 nie hanya sampingan je..yang ana nak cerita adalah manusia yang paling manja..hah cepat teka siapa?.. lambat ,ana jawab..manusia yang paling manja adalah Rasulullah SAW kekasih Allah..Rasulullah manja kerna baginda sentiasa menyebut dan berdamping dengan Allah. Rasulullah sentiasa mewarnai ibadahnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah. Begitu juga pada para Nabi.



dan pada sebagian malam,lakukanlah solat tahajud sebagi tambahan bagimu…” (17:79)



Ini lah adalah antara amalan para nabi untuk bermanja dengan Allah. Alangkah indahnya. Kita juga boleh berbuat demikian. Allah sentiasa menunggu kita untuk ber 'manja’ denganNya dan Dia tak pernah jemu seperti jemunya manusia. Maka ingatan untuk diri dan juga pembaca sekalian, kelemahan kita adalah kekurangan kita. Kekurangan kita adalah kebergantungan kita. Kita bergantung pada bantuan Allah. Dengan mengadu pada Allah dan ber’manja' denganNya kita telah mengadu pada zat yang sebenar.




''kemuliaanku kerna islam''


Tuesday, April 28, 2009

EXAM BESAR DALAM EXAM YANG KECIL




Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga melepasi ujian akhir semesta ni..pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalu…rase baru je semalam duk takut n berdebar2 nak jawap exam..tub,tub,tub sekrang dah pun habis….fuh, lega…susah juga subjek nie..tapi saya yakin susah lagi EXAM Allah nanti..BERJAYA ke kite melepasi EXAM ALLAH tue?!!


Nak final exam kite bersedia, study sampai kewat2 malam..minum radix supaya tak mengantuk, makan pun tak menentu..memang pulun habis la…waktu tue juga kita akan lebih dekat dengan Allah .. Ye la sebab kita nak Allah tolong dengan mendapat ketenangan dan kemudahan dalam menjawab..waktu tue juga la baru nak turun surau/masjid cari ketenangan..

Dalam kita bersedia nak exam ni cube kita bayangkan baru sahaja kita nak melangkah kaki ke medan peperiksaan dengan punuh persediaan tetiba Allah tarik nyawa kita….( aku juga sedang membayangkan)…dengan kata lain kita x dapat la jawab exam.

Muncul la kita ke dunia baru yang PASTI x menjanjikan kita untuk kembali ke dunia lagi. Tinggal la kita bersama amalan2 kita menanti dan terus menanti ‘EXAM @ UJIAN’ dr Allah. Sudah pasti di akhirat kelak Allah akan paparkan segala hasil lakonan kita pada ‘skrin’ besar yang boleh dilihat oleh semua orang. Yang baik akan dibalas baik dan yang jahat dibalas dengan jahat/azab (nauzubillah). Jadi dah bersediakah kita dengan exam Allah?..saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama muhasabah apa persediaan kita.
(dah bersediakah aku?)


Dan barang siapa di dunia ini buta hatinnya, maka di akhirat kelak juga akan buta, dan sesat lagi jalannya ( 17: 72)



''kemuliaanku kerna ISLAM''







Friday, April 24, 2009

PANDANGAN MATAKU

Mata hanya pinjaman dr Allah
Pandangan MATA

Pandangan mata selalu sahaja menipu manusia. Sehingga manusia terlalu taksub dengan dunia. Segala yang tak elok dilihatnya cantik. Yang buruk segalanya dilihat baik. Kekadang semua itu untuk kepentingan duit poket masing2 masing. (maaf la, sape yang makan cili die akan rase pedas)

Pandanga AKAL

Pandangan akal selalu tersalah. HATI berkata tidak! pada rasuah, tapi akal berkata YA , dengan alasan untuk periuk nasi kau. HATI berkata jangan tipu, tapi akal kata “ kau kena menipu’ zaman sekarang nie kalau jujur sangat pun kene tindas!”


Pandangan NAFSU
Pandangan nafsu selalu melulu. HATI kata jangan keluar berdua-dua antara lelaki dan perempuan. Tapi nafsu kata, “ takpe la,bukannya selalu”. HATI kata jangan lihat perempuan/lelaki tanpa tujuan, nafsu kata “ ish lawa/handsome nyer perempuan/lelaki nie, rugi tak tengok!”


Pandangan HATI

Pandangaan HATI adalah pandangan yang hakiki. Itu pun kalau hati itu bersih. Sebab hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Hati kita kalau bersih bisikannya adalah kebenaran, namun kalau hati telah dikotori bisikannya bukanlah kebenaran.


NAMUN, apa yang perlu kita risaukan sebenarnya adalah pandangan ALLAH pada kita. Nasihat untuk diri yang menulis dan juga para pembaca sekalian, utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Pandangan manusia hanya terletak pada jasad sahaja. Pandangan Allah lah yang lebih utama. Adakah selama kita hidup sebagai perantauan ini segala amalan dan tindakan kita diredhai dan disukai Allah.Semoga entri kali ini sama2 memberi kesedaran pada diri dan pembaca sekalian.

Selamat bermujahadah.


"Kemuliaanku kerna ISLAM"

Monday, April 20, 2009

DI AWAL PERKENALAN


DI AWAL PERKENALAN.. ...


Sahabat

Pertama kali sukar serasi
Berselisih faham berhari- hari
Jarang berbual untuk berkongsi
Egonya hati dan sanubari

Kita berbeza, tak mungkin sebati
Bermasam muka dan berkelahi
Alangkah sukarnya bertaut hati
Mungkin inilah ujian Illahi

PERSAHABATAN BERTAMBAH ERAT.....

Sahabat

Rabitah hati mula terikat
Luka berdarah mula terubat
Ingin berjumpa di waktu sihat
Apatah lagi di waktu tenat

Wajahmu penawar duka dan lara
Kini kau satunya dalam berjuta
Tiada lakonan dan sandiwara
Tidak tergambar 'kan kata- kata

Kau anugerah Tuhan pinjamkan
Untuk panduan di perjalanan
Bukan material yang kuharapkan
Hanya ukhuwwah sebagai pegangan

DI WAKTU PERPISAHAN.. ...

Sahabat

Kalimah perpisahan mengetuk pintu
Baru tersedar lamunan hatiku
Di saat hati telah bersatu
Kini kau tidak akan bersamaku

Usah dipersalahkan takdir Tuhan
Setiap pertemuan adanya perpisahan
Dia yang Mengetahui, Maha Menciptakan
Qada' QadarNya bukan mainan

Bertemu berpisah kerana Dia
Kita 'kan bersua di suatu masa
Semoga dipanjangkan jodoh bersama
Bukan di dunia, akhirat hendaknya



<>




HARGAILAH SAHABAT ANDA SELAGI ANDA MASIH BERSAMANYA.. .

USAH MENYESAL DI KEMUDIAN HARI...

SAHABAT... ANUGERAH TUHAN YANG TAK TERNILAI....



Hasil Nukilan:


USTAZAH MARIATUL QIBTIAH
a.k.a. SAIDA FARHANAH SARKAM
UiTM TERENGGANU, DUNGUN

Sunday, April 19, 2009

SI KECIL YANG HEBAT


Pernah anda terfikir macam mane madu terhasil?
Anda mungkin menjawab “ mestilah daripada lebah!”..ok, memang kita telah sedia maklum lebah yang menghasilkan madu. Tetapi tahukah kita betapa sukarnya lebah2 ini bekerja untuk hasilkan madu sejak mereka lahir lagi?…teruskan la membaca sebab saya akan membawa anda di dunia SI LEBAH…

Dan Allah member ilham kepada lebah : “hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok2 kayu, dan juga di bangunan2 yang didrikan manusia. Kemudian makanlah dr segala jenis bunga dan buahan, serat turutlah jln2 peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dan denga itu)keluarlah dalam badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya yg mengandungi penawar bg manusia…” (16:68-69)

Di dalam sebuah sarang lebah, terdapat seekor ratu, beberapa ratus lebah jantan dan beribu-ribu lebah betina yang mandul, iaitu lebah bekerja. Adalah lebih kurang 800000 ekor dalam satu sarang). Antara tugas mereka ialah membersihkan sarang, member perlindunga kepada ratu dan lebah jantan, menjaga larva membina sel untuk telur2 berkembang, mengekalkan kepanasan dan kelembapan sarang, mengumpul manisan debunga, air , dammar dan lain2.
Seekor lebah bkerja dalam hidup selama 4 – 6 minggu . Selama 3 minggu selepas dilahirkan ia akan tinggal dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah yang sedang membesar. Memberi makan kepada bayi lebah dengan madu debunga yang diambil dr tempat simpanan..Bila lebah dah berusia 12 hr,tiba2 lilin lebah mula dihasilkan dalam badannya. Lilin lebah amat penting untuk membuat arang lebah.


Lihat sarang lebah di atas. Tidakkah ia kemas? Cuba kita fikirkan bolehkah kita membina heksagon yg kemas tanpa menggunakan pembaris?...atau, kita ambil sehelai kertas dan lukis heksagon dari satu penjuru kertas dan sorang lagi dr satu penjuru yang lain kemudian dapat kita hasilkan heksagon ditengah2 kertas tanpa meninggalkan sedikit pun ruang kosong?..pasti kita tidak dapat lakukannya. Tetapi si kecil lebah ini mampu melakukannya dengan sempurna.lagi la dilakukan tanpa sebarang alatan.


Lebah ini akan buat sarang dr satu sudut. Dan jika kita lihat kesemua heksagon itu sama besar. Bagaimana seekor lebah boleh lakukan tugas yg tidak boleh dilakukan oleh manusai. SUBHANALLAH. Itulah kebesaran Allah.Selama 3 minggu lebah akan melakukan tugas2 dalam seperti menjadi pengawal keselamatan di sarangnya dan sebagainya. 3 minggu berikutnya apbila betul2 mahir barulah lebah tadi keluar mencari mad debunga.Kalau manusia ada letih, lebah juga letih. Apabila sudah letih lebah akan mati selpas bekerja tanpa henti.

Begitu juga manusia. Allah menciptakan dengan kelebihan masing2. Walaubagaimanapun akhirnya kita akan kembali juga pada NYA. Cuma di sini saya nak kita sama2 fikir tentang kehebatan NYA supaya dapat menambahkan rasa rendah diri pada Allah yg menjadikan kita dari air mani yg kotor.

" kemuliaanku kerna ISLAM"

diolah dr buku ' KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH' karangan Harun Yahya.




UBAT YANG MANIS!


Ubat selalunya pahit!!



Begitulah juga dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyiksakan!”...terkulat2 juga saya buat kali pertama mendengarnya..apa kaitannya mujahadah dengan pahit!!.. Saya telan juga kata2 sahabat saya tue..untuk menjawap persoalan tue, saya terus mencari, dan terus mencari..


Firman Allah “ Dan sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan2 Kami” (29:69)



Saya suka memetik ayat2 pada adik saya juga junior2 saya. Mujahadah itu memang pahit, kerna syurga itu manis. Dan syurga itu bukan untuk orang yang biasa , tapi untuk mereka yang ‘luar biasa’. Disini saya ingin perincikan bahawa tiada jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan mujahadah. kali ni saya nak berkongsi beberapa kaedah yang boleh kita sama2 amalkan untuk merawat hati. Entri kali ini sedikit panjang tapi tak rugi jika anda membacanya.


Dalam menghadapi karenah manusia, dan gelombang dunia sudah pasti hati kita terganggu. Namun lazimilah membaca AL QURAN beserta maknanya. Baca ayat2 Allah pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapai badai dunia. Itulah salah satu penawar jiwa.



Firman Allah : “Dan Kami turunkan AlQuran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman”…” (17:82)


Kita ibaratkan jiwa orang yang tidak membaca AlQuran ini bagai telefon bimbit yang kehabisan bateri. Secanggih manapun telefon tue atau semahal mana pun telefon tu tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.. Jadi apa yang perlu dibuat ialah kita cas la telefon tue supaya lebih berfungsi. Begitula jiwa manusia yang mati, betapa segak, cantik atau bertenaga sekalipun seseorang tue sebenarnya ianya hanyalah dari luaran. Tanpa al Quran segalanya tidak bermakna. Orang yang ‘berjaya’ tetapi meminggirkan Al Quran ibarat mendaki puncak untuk meninggikan lagi tempat jatuh..ibarat memburu fatarmogaa dunia la kiranya..






Selain membaca Al Quran , hati juga boleh di rawat dengan mendirikan SOLAT. Jika kita ingin Allah ‘ bercakap’ dengan kita, bacalah Al Quran kerana Al Quran itu adalah ayat2 Allah, tapi jika kita ingin ‘ bercakap ‘ dengan Allah maka dirikanlah solat. Sebab dalam solat itu sebenarnya kita mengadu,merintih pada Allah. Hat yang lemah akan mendapat semula kekuatan apabila kita bersandar pada satu kuasa Yang Maha Besar. Kita boleh lihat,jka kita sendiri mempunyai masalah kemudian kita luahkan pada orang yang kita sayangi dan percayai, langkah ini akan meredakan beban rasa tu. Apatah lagi jika kita solat, kita luahkannya pada orang Yang Maha Pencinta yang mencipta cinta itu sendri. Berlipat kali ganda la kelegaan tue .




Firman Allah : “ Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa pada-Ku” (2:186)



Maka carilah hati kita dalam SOLAT!




Akhir sekali rawatlah hati dengan mengingat MATI. Hati yang mengingati
akan hidup, dan yang melupakan mati akan mati. Ingatlah, mati adalah pembasuh hati yang resah dan gelisah. Cukuplah mati sebagai peringatn dan pengajaran. Namun jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, sama2 lah kita berdoa agar Allah kurniakan hati yang baru, kerana hakikatnya kita sedah xde hati lagi. Jangan sampai kita kehilangannya!