Thursday, March 26, 2009

VIRUS LAGI!!

virus lagi!!! Tak habis2 ngan virus entri saya nie kan..maklumlah..lattop saya baru diformat setelah beratus2 virus dibela..sungguh hebat virus nie sehingga boleh menyebabkan seluruh folder tak dapat dibuka…walaupun lattop nie dah dibekalkan dengan “pelindung keselamatn” at last masuk juga virus tue..hebat juga sape yang mencipta virus computer nie. tapi hebat lagi sape yang mencipta otak orang tue..mmm..semestinya ALLAH SWT...sehebat mane pun penciptaan orang tue tapi kalau Allah tak kurniakan otak, sudah pasti kita tak dapat ape yang kita rase sekarang..semuanya dalam zon selesa..dalam keselesaan nie jgn pula kita lupa saudara2 se Islam kita di Palestin..
entri kali ni bukanlah virus itu yang saya maksudkan. Tapi virus yang kita tak sedar sebenarnya adalah VIRUS DOSA..rasanya kenapa saya kata dosa tue virus?..ok saya bagi analogi..umpama penyakit, penyakit lahir disebabkan kehadiran virus atau bacteria. Hah dapat tak??!!
Jadi begitula juga hati. Ada virus tersendiri. “ Virus” dosa akan menyerang dan “merosakkan” hati tidak secara mendadak…virus2 nie akan rosakkan hati secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Jadi disini saya nak kongsi sedikit . Melalu pembacaan, ada 4 tahap virus dosa yang merosakkan hati manusia :


1. RASA BERSALAH DENGAN DOSA
Pertama kali kita buat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Itulah kelebihan hati yang Allah kurniakan pada setiap individu. Ia memang suatu fitrah tidak kita la sama ada kita beragama Islam, Kristian, Budha walhal pada yg ‘free thinker’ sendiri..mereka rase bahawa ade suatu kuasa besar yang akan menghukum perbuatan dosa mereka. Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah-olah menentang hati kecil mereka..menyesal bukan main. Rasa bersalah itu memang menyeksakan skerana mereka seolah-olah berperang dengan diri sendiri.(pernahkan anda alaminya), tepuk dada tanya iman.


2. RASA BIASA DENGAN DOSA
Namun rasa berdosa tu tak lama pun. Lebih-lebih bila kita mengulanginya buat kali kedua dan berkali-kali. Serta merta rasa bersalah tu akan hilang. Lalu akhirnya, kita akan terbiasa dengan dosa yang dilakukan. Rasa bersalah tidak akan dating lagi. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerna rasa bersalah dan penyesalan namun di tahap kedua ini tiada lagi air mata. Alah bias tegal biasa. Camtu lah pepatah melayu. Hati seolah-lah telah tega dan rela untuk dosa dan terus berdosa.


3. Akan bersambung untuk entri seterusnya...


" kemuliaanku kerna ISLAM"

Wednesday, March 25, 2009

HATIKU MILIKMU


Rasaulullah saw menegaskan bahawa dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahatlah orang tersebut.



Itulah peranan utama HATI. Ia umpama raja kepada diri manusia. Jika RAJA baik, RAKYAT pun akan baik..ops..sebelum tua entri kali nie bukanlah nak menyalahkan sape2..nie hanya perkongsian dan pandangan dari seorang rakyat biasa...sebenarnya begitulah bila hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut , hidung dan yang lain2 akan jadi baik. Banyak yang perlu kita kaitkan bile bercakap berkenaan soal hati . kalau sahabat2 nak tau tidak kurang daripada 188 kali informasi tentang hati ini diulang dalam holly Quran..wah!!!..banyak tue..lihat betapa hebatnya hati manusia.

Jadi kesimpulan pendek yang kita boleh lihat., untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, ,negara, bahkan dunia yang baik mestilah dimulakan dengan pembersihan hati.

Soal hati, bukan hanya penting pada peringkat awal, walhal ia perlu berteruskan dan perlu sentiasa dijaga sepanjang masa supaya manusia mampu menjadi individu yang mampu memberi kebaikan.

Rasulullah pernah mengingatkan dalam hadis pertama.."sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat" (riwayat muslim).Jika niat baik,maka amalan juga akan baik.

Jadi apa niata kita hari ini. adakah kita baca entri ini untuk diri kita sahaja.maka tanggungjawab anda sebar2 kan la walau sepatah perkataan.



" kemuliaanku kerna ISLAM"

JALAN MUJAHADAH
"Dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana mematuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan- jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLAH berserta orang yang berusaha memperbaikinya ." (29:69)

Sunday, March 22, 2009

Buat yang tercinta!



Tut!tut!tut!...bunyi msg masuk menghentikan lamunan ak. Tetiba hati aku rase berdebar untuk membaca msg ..Jam di tangan dah menunjukkan pukul 00.01am. Belum sempat ak bace msg tadi, msg seterusnya pula masuk..." Mane ni?"..ak mengeluh kehampaan..selang beberapa minit masuk lagi msg2 baru.." Memang la..mesti x ingat nii!"...ak merasa sedikit kecewa..


Pagi esoknya ak jalankan aktiviti harian seperti biasa..pergi kuliah..memang hidup sebagai pelajar sentiasa sibuk dengan assgnment dan aktiviti persatuan lain.. Lebih2 yang dah final year..bertambah la sibuknyer...Ak cube sibukkan diri. Malas nak fikir pasal mlam tadi..tapi dalam hati masih lagi menunggu.." Hari ni mesti ingat, xpe ak tunggu sampai tengahari".ak bermonolog sendiri...


Lepas tengahhari masih juga tak dpat ape yang ak tunggukan...ak pun mengambil telefon dan dail no yang tertera "bondaku"..."Asalamualaikum"...kedengaran suara yang lembut menjawab.."waalaikummusalam"..seperti biasa aku akan bertanya khabar dan berbual sedikit dengan bonda tercinta..cuma kali nie agak lewat aku telefon bonda...saje..kononya pada tanggal 23 mac yang genap la umur ku 21 tahun, bonda ku akan telefon dan ucapkan selamat hari lahir buat anakanda nya tercinta..itula yang kuharapkan.


Tapi rupa2nya..bondaku juga terlupa..ak sedikit sedih..namun telah ku buang perasaan tu jauh2.Bonda telah banyak berkorban untuk ku..


Setelah selesai klas aku pulang ke bilik..niat dihati mahu merehatkan badan yang seharian x rehat."tok!tok!tok!..ak dikejutkan dengan ketukan pintu..rupanya kawan karibku Syahrifah datang..untuk wish birthday padaku..walau pun penat aku sambut die kerna sanggup bersusah payah datang bilik ak..lagi la pula bawa hadiah untuk ak sekali!..kami berbual2..ntak ape2 je yang dibualkan..


Sebelum beransur Syarifah berpesan pada ku..." Awak dah telefon ibu di rumah belum..ucap terima kasih pada dia kerana telah bersusah payah bertarung nyawa untuk lahirkn kita"..sambil tersenyum kawanku menyambung.." Sebagai anak jagan la kita harapkan yang mak ayah call,tapi biar kita yg mula kan..ubah sikit mentality masyarakat hari nie..yang kalau tiba hari lahir,dia perlu diraikan"....macam kene batang hidung ak je...sambil tersenyum.."dah2..baru tadi call"..syarifah pun berlalu pergi..ak masih berfikir




MORAL VALUENYER


bila menjelangnya hari lahir kita,kita selalu mengharapkan yg kawan,sahabat,isteri maaupun suami ingat hari lahir kita diraikan..tepat pukul 12 malam sebolehnye tunggu msg dari kawan..terutama dari yang "tercinta"..sehingga kita lupa yang ada orang yang lebih penting yang patut raikan iaitu IBU kita..


Bukankah die yang melahirkan kita didunia ini.pada Tarikh yang kita selalu harapkan hadiah dan ucapkan dari rakan2, bukankah sepatutnya kita yang menjadi orang pertama yang mengucapkan terima kasih pada bonda tercinta...namun begitula amalan2 kebiasaan yang telah menjadi budaya kita bila menjelangnya hari lahir..melebihkan org lain berbanding ibu kita..


marila kita same2 muhasabah diri..adakah kita pernah berbuat demikian..jika belum lakukanlah SEKARANG kerna belum tentu lepas anda baca entri ini anda dapat melakukannya pada BONDA TERCINTA.




p/s : bagi mereka yang lahir pada 23 Mac..saya ucapkan selamat hari lahir.semoga berjaya dunia akhirat..belum terlambat untuk anda mengucapkan terima kasih pada bonda tersayang..

pada sape2 yang belum tiba hari lahirnya,jgn lupa ye berbuat demikian..jgn tunggu bila tiba hr lahir..tapi seharusnya kita mulakan SEKARANG!..




Nak sakit?

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ...walaupun belum musimnya,temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit.Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.


Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat. Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, > "> Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal? Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu,sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

MORAL VALUE NYER..




Pelajaran pertama adalah:


Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.


Pelajaran kedua adalah:


Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah,jangan cepat terlena!. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Jangan kita terbuai dengan kemewahan dunia dan melupakan akhirat. Letakkan la Allah itu di hati kita tapi dunia itu di tangan kita..nescaya kita merasa tenang dan berlapang dada dengan musibah yg menimpa kerana yang pasti ada hikmah disebaliknya.
"kemuliaanku kerna ISLAM"


.

Saturday, March 21, 2009

HATI-HATI VIRUS!

VIRUS!!!

Entri kali nie saya nak berkongsi mengenai hubungan persahabatan@ukhuwah. Dalam kita mengejar cita2 sebagai seorg palajar juga sebagai seorg anak sudah tentu kehidupan di university membawa seribu satu kenangan dan pengalaman terutam bagi sesiapa2 yang aktiv bak dalam persatuan atau sebagainya. Tanpa sedar kita telah membina persahabtan, berkongsi suka dan duka lebih bagi mereka2 yang berada dalam jalan dakwah. Kehangatan dan keakraban tidak hilang dengan seketika dari kehidupan manusia, melainkan diawali oleh banyak faktor yang menyebabkannya hilang.


Namun begitu, sering terjadi kisah seseorang tidak dapat memperhatikan beberapa hal penting ketika bergaul dengan sahabatnya, sehingga membebaninya dan hilanglah keseronokan bersahabat yang pernah ada di antara mereka. Oleh kerananya, kita harus mengetahui cara menjaga kehangatan tersebut serta membangunnya. Pada waktu yang sama, kita harus mengetahui pula faktor-faktor dan virus-virus yang dapat merosaknya, agar dapat terhindar darinya. Pernah saya menyakiti hati shbt tanpa sedar..walaupun mulut x boleh berkata2 tapi hati bias Kita tidak boleh menganggap enteng dari segala bentuk ucapan, tindakan dan sikap kita di hadapan sahabat. Ada kalanya, pengaruh seorang sahabat menjadi pendorong untuk mencintai seluruh orang yang berkawan dengannya, sehingga menganggap mereka sebagai penyebab kebahagiaannya dan tidak mungkin sanggup meninggalkannya sahabat. Saya juga tidak terlepas menghadapi masalah ini

Sahabatku,ingn aku coretkan sesuatu :


andai saja aku boleh terus hidup berdampingan
dengan mereka...
sehingga jika aku kehilangan, pupuslah kehidupanku
rumahku adalah di antara rumah-rumah mereka
pusaraku pun ada di antara pusara mereka
(dipetik dr virus2 Usrah)

Saya nak sahabat renungkan ,alangkah besar pengaruh seorang terhadap sahabatnya, Seseorang sahabat itu mampu mengubah sahabtanya yang lain. Kadang- kadang pula, bagaikan ubat yang diperlukan dalam waktu-waktu tertentu, bukan setiap saat. Namun kadang-kadang ia juga menjadi racun dan penyakit yang dapat menghancurkan kehidupannya . Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula kita dalam bershabat. Jangan la kita bermasam muka,membenci, shbt kita kerna itu bukan sifat yg diamanahkan oleh Allah..Semoga kisah yg sedikit ini menjadi ikhtibar bersama..

Hargailah seorang sahabat itu kerna mencari seorang sahabat bukan senang, berbanding mencari 100 org musuh…renung2 kanlah bersama.




"Kemuliaanku kerna ISLAM"

Friday, March 20, 2009

sekeping hati


Asalamualaikum..



setelah sekian lame menyepi..akhirnya muncul jg..banyak bende berlaku nie.di dinihari nie..hujan rintik2..tetiba hati sy rasa hiba dan sedih mengenangkan kisah2 lama. Perjalanan hidup yang mempunyai 1001 makna, yang tak dapat diungkap dengan kata, yang x dapat nak dikongsi dengan sesiapa..hanya DIA yang tahu.



DULU..

saya pernah terdengar dalam ceramah ( tue pun secara kebetulan "ter" pergi)..Ustaz kate, hidayah ALLAH amat mahal...saya pun terfikir..."mahal?boleh kire ke hidayah Allah nie"..dengan blur2 saya terus mendengar ceramah tue..makin lama makin menarik sebab ustz nie pandai buat lawak..so x lah ngantuk p ceramah tue (memang pada kebiasaan program2 ceramah macam nie kalau x sesungguh, sentiasa 'setuju' apa yg ustaz cakap).lagi la ustaz kaitkan tentang CINTA.segar je la.bersungguh saya dengar.

apa makna cinta?kepada siapa patut kita serahkan cinta?dimana martabat cinta?..hah macam2 la..



SUKU DULU..

saya mula berjinak2 dengan program ilmu...sebab saya rasa ada kepuasan bile p progrm2 nie..kalau dulu saya tertarik disebabkan ceramah tentang cinta,tapi sekarang nie saya LEBIH tertarik kalau ceramah2 tentang MUSLIMAH(nie satu peluang!)..ntah macam ade satu tarikan la..bile saya melangkah ke alam matrik,lagila pulak matrik melaka yang org kate matrik 'ISLAMIC'(nie satu peluang!) saya cube2 join badan dakwah kat sana..p surau blok wlaupun xda jemaah untuk solat..tapi kat situ la dapat ketengan,lagi la pulak surau tu dekat je ngan bilik(nie satu peluang!)

mula2 masuk matrik dulu saya berazam nak join aktiviti islam tapi bile fikir balik,sempat ke..kat matrik nie sekejap je..saya nie dah la telinga kaki tangan study..lps 1 minggu kat mtrk saya terpilih jadi ajk surau perdana..padahal saje2 je apply..ye la sekolah macam saya nie ade kelayakkan ke nak jadi 'budak surau'..(tp nie satu peluang!)..pehhh..memang sy rase rendah diri ..tapi sorg shbt (shbt,teman kwn berbeza ye) tegur yg kite tiada beza kecuali..............(cr la jwpn sendri)



SETENGAH DULU



Saya memang bersemangat dlm menjalankn tugas..lagi pula dapat bawa akademik seiring..(nie satu peluang!)..sy rasa gembira sebab (MUHAMMAD 47 :7).

kat matrik nie pula bnyak risalah2 tentang muslimah.(nie satu peluang)



3/4 DULU



Baru tau apa matlamat hidup..saya dpt ramai sahabat2 susah dan senang..

Saya dapat apa yang orang lain x dapat

Saya banyakkn memerhati dan menilai.



SEKARANG



Tugas saya bukan setakat mendengar, tapi sekrg sampaikan...

Tugas dan tanggungjawab kita melebihi masa yg ada.



CONCLUSIAN



Wahai kawan-kawan semua..

apa yang saya bawak dalam entri kali nie adalah satu perkongsian...kita lihat sebenarnya Allah bagi banyak peluang pada kita bkan hanya satu peluang tapi banyak cume kekadang kita x sedar dan pura2 x sedar..betulah kata2 yg sy dengar dr shbt2..jika SELANGKAH

kita mencari Allah, BERIBU2 langkah Allah mendekati kita dan DIA akan tujukn kn pada kita jalan itu..(FUSSLILAT 41:53).bukankah Holly Quran itu buku rujukan besar kita..

Jadi kawan2 yg dah tedetik, terlintas teringin untuk berubah..mulakan la SEKARANG...hidayah Allah memang mahal..(sekarang sy dah faham mksud MAHAL)..ALLH sentiasa tunggu taubat hamba2 NYA...sama2 la kita kembali kepada Pencipta kita yg Maha Pencipta...cube la lihat pada diri sendiri..di situ dah bnyk tunjukkan kebesaran Allah..carila program2 yg boleh mendidik jiwa (AL- MA'IDAH 5:35)..,kamu semua xkan menyesal..saya bagi guarantee..cukupla setakat nie..tunggu entri seterusnya.
k selamat mencuba!







" kemuliaanku kerna ISLAM"