Monday, April 20, 2009

DI AWAL PERKENALAN


DI AWAL PERKENALAN.. ...


Sahabat

Pertama kali sukar serasi
Berselisih faham berhari- hari
Jarang berbual untuk berkongsi
Egonya hati dan sanubari

Kita berbeza, tak mungkin sebati
Bermasam muka dan berkelahi
Alangkah sukarnya bertaut hati
Mungkin inilah ujian Illahi

PERSAHABATAN BERTAMBAH ERAT.....

Sahabat

Rabitah hati mula terikat
Luka berdarah mula terubat
Ingin berjumpa di waktu sihat
Apatah lagi di waktu tenat

Wajahmu penawar duka dan lara
Kini kau satunya dalam berjuta
Tiada lakonan dan sandiwara
Tidak tergambar 'kan kata- kata

Kau anugerah Tuhan pinjamkan
Untuk panduan di perjalanan
Bukan material yang kuharapkan
Hanya ukhuwwah sebagai pegangan

DI WAKTU PERPISAHAN.. ...

Sahabat

Kalimah perpisahan mengetuk pintu
Baru tersedar lamunan hatiku
Di saat hati telah bersatu
Kini kau tidak akan bersamaku

Usah dipersalahkan takdir Tuhan
Setiap pertemuan adanya perpisahan
Dia yang Mengetahui, Maha Menciptakan
Qada' QadarNya bukan mainan

Bertemu berpisah kerana Dia
Kita 'kan bersua di suatu masa
Semoga dipanjangkan jodoh bersama
Bukan di dunia, akhirat hendaknya



<>




HARGAILAH SAHABAT ANDA SELAGI ANDA MASIH BERSAMANYA.. .

USAH MENYESAL DI KEMUDIAN HARI...

SAHABAT... ANUGERAH TUHAN YANG TAK TERNILAI....



Hasil Nukilan:


USTAZAH MARIATUL QIBTIAH
a.k.a. SAIDA FARHANAH SARKAM
UiTM TERENGGANU, DUNGUN

0 comments: