- Paru2 burung adalah sangat unik kerana ia menyedut dan menghembuskan udara melalui saluran yang berbeza.
- Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh malah lebih kukuh daripada kapal terbang untuk menghadapi rintangan udara dan tekanan atmosfera yang semakin rendah walapun bahagian dalamnya adalah kosong dan berongga.
- Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik tanpa berpusing2.
- Bulunya dibentuk dari sumber protein yang bernama keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak tanpa melalui sebarang proses pengilangan,pempolimeran dan pengaloian.
- Burung membersihkan bulunya dengan menggunakan minyak yang dikeluarkan daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini lah yang menjadikan bulu burung sentiasa kemas, berkilat ,licin dan kalis air.
- Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada yang sangat kuat untuk menyokong otot2 sayap.
Wednesday, May 6, 2009
SAYAP KEBEBASAN
Posted by sufi_sakinah at 1:36 AM 3 comments
Monday, May 4, 2009
VIRUS LAGI!!

Bencana alam menurut ahli sains, adalah disebabkan hukum alam “ law of nature” dilanggar. Menurut ahli agama pula bencana alam boleh berlaku apabila manusia melanggar syariatullah , yakni dengan meninggalkan apa yang diperintahkan dan melakukan apa-apa yang diharamkan. Kesimpulan yang sama ini menunjukkan bahawa sains dan agama adalah dua perkara yang serasi dan harmoni. Jika kita bijak memanfaatkan kedua-dua bidang ini kita akan selamat di dunia dan di akhirat.
“ Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka diantaranya ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sediri.” ( Al-Ankabut : 40)
Jika kita lihat pada hari ini, umat Islam di Palestin dan juga ditempat2 lain berhabis-habisan mempertahankan tanah air mereka dengan kelengkapan senjata yang tidak setanding pun dengan puak Yahudi (Zionis) serta puak yang menentang Islam. Tiada siapa yang tahu keperitan yang dialami terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. Usaha kita sebagai saudara seIslam hanya mampu mendoakan agar Allah membantu umat2 Islam yang ditindas dan memberi kemenangan kepada Islam.
Namun sekarang kita digemparkan dengan Wabak Influenza A (H1N1) yang mula menular lebih meluas di Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Latin dan di Kanada. Wabak ini kembali menyerang babi, ketika kerajaan Mexico membayangkan akan membenarkan perniagaan dan sekolah dibuka semula selepas ditutup sejak minggu lalu. Ini amat dikhuatiri kerana virus ini membawa maut bagi sesiapa yang diserang.
Sama2 la kita berfikir bahawa Allah baru ‘menjentik’ virus itu untuk dijadikan peringatan. Mudah bagi Allah untuk menurunkan bala pada sesuatu umat itu. Tiada senjata canggih yang diperlukan. Jika kita renung kembali, kewujudan khinzir telah lama namun darimana datangnya virus ini? Maka, Allah lah selayaknya tempat kita kembali.
Posted by sufi_sakinah at 6:19 PM 2 comments
MY JOURNEY
Cuti hujung minggu lepas , ana berpeluang menjejakkan kaki di Kedah. Mengikut seorang rakan. Walaupun semua kawan2 ana dah bertebaran di bumi Allah (pulang ke rumah masing2) lepas final exam, tapi ana mengambil keputusan untuk stay je kat u..(lagi pun ana praktikal kat sini)..
Jadi ana nak record kan kenangan p kedah hari tue..
Dalam perjalanan ke kuala Nerang, kami berhenti di Gurun memandangkan perut dah berbunyi2..perjalanan diteruskan melalui Pendang..wah kat sini ana x lepaskan pluang ambil gambar sawah..maklumlah kat Johor xde sawah..kalau ade pun ana x pernah nampak.
kering la.....
Posted by sufi_sakinah at 1:03 AM 3 comments
Saturday, May 2, 2009
''AYAHKU PENJENAYAH, BAGAIMANA DIRIKU?''
Siapa yang tidak kenal Abu Jahal? Beliau adalah antara penentang kuat Islam dan Nabi Muhammad. Namun, itu tidak menghalang anaknya menjadi Muslim yang baik, malah pejuang Islam yang komited. Itulah dia Ikrimah bin Abu Jahal, salah seorang ahli syurga.
Ikrimah adalah hero musyikin Mekah semasa perang Uhud. Nama yang jarang kita dengar. Sebelum menjadi Muslim, beliau sangat komited memerangi Islam dan Rasulullah. Beliau pernah bercita-cita membunuh rasul terakhir di samping membunuh ramai sahabat Rasulullah dalam siri peperangan. Dendamnya kepada Islam sungguh membara kerana menyaksikan kematian ayahnya Abu Jahal dalam Peperangan Badar.
Semasa pembukaan Mekah, Ikrimah cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, bekas isterinya (sudah menjadi muslim) berjaya memujuknya supaya tidak melarikan diri serta beriman kepada Allah. Setelah beriman, beliau secara peribadi meminta Rasulullah berdoa supaya Allah mengampunkan segala dosa dendam, benci dan permusuhan kepada Islam sebelum ini. Dia tahu , segala dosanya akan diampunkan Allah apabila dia mengucap dua kalimah syahadah. Namun, dia mahu mendengar sendiri munajat nabi terhadapnya.
Nabi pun berdoa untuknya. Selepas mendengar doa daripada Nabi, Ikrimah berasa senang hati dan gembira lalu berkata. “Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku ganti berlipat kali ganda untuk membela Islam. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan berlipat kali ganda untuk membela Islam. Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir ”
Nama Ikrimah ini jarang sekali kita dengar. Namun apa yang ingin disampaikan disini ialah tidak ada sebab bagi seseorang itu untuk tidak bersama2 kembali kepada Islam dan menjalankan tugas2 dakwah. Saya kata demikian kerana kita sering mengalami fenomena dimana ada segelintir individu yang memberikan alasan bahawa dia tidak layak untuk berada ‘disini’. Dengan alasan belum cukup ilmu, bukan dari sekolah agama, masalah akidah keluarga dan sebagainya. Adakah tugas dakwah ini kita letak kepada golongan ustaz/ustazah, orang yang berlatar sekolah agama, orang2 masjid?.. (ni la mentality masyarakat)..
Posted by sufi_sakinah at 8:58 AM 0 comments
Friday, May 1, 2009
SEKIRANYA SKRIN BOLEH BERKATA-KATA
Majoriti semua mahasiswa/i mempunyai lattop sendiri. Internet pula adalah salah satu medium yang penting untuk ekses maklumat. Internet nie juga merupakan salah satu anugerah Allah. Sekiranya skrin, tetikus, papan kekunci dapat berkata-kata, tentu mereka dah tegur mana2 penggunaan yang buat maksiat menerusi internet. Cume yang pasti pada hari akhirat kelak, segala tubuh badan kita kecuali mulut yang akan menjadi saksi terhadap lakonan kita di ‘pentas’ dunia ni.
Setiap orang akan menyesal :
· Anak menyesal kerana kurang menghormati dan membuat kebajikan kepada bapanya.
· Pelajar menyesal kerana kurang bersungguh mencari ilmu.
· Suami isteri serta ibu bapa menyesal kerana kurang memberI kasih sayAng dan bimbingan ahli keluarga.
Cube kita bayangkan sekiranya skrin dan papan kekunci dapat bergerak. Barangkali (bagi pengguna yang salah guna internet) skrin mogok, enggan menayangkan sebarang visual. Tetikus pula akan membiarkan tangan melekat padanya. Manakal papan kekunci akan melebur dan membentuk tulisan seperti :
“ Allah melihat apa yang anda buat”
“ Iman inside itu bukan setakat di lidah dan di hati tetapi dibuktikan melalui amalan”
“ Mati akan datang pada bila2 masa je”
“ Jangan berlagak apabila boleh membayar bil internet dan elektrik. Dengan apa boleh dibayar bil mata dan bil jari kamu?”
Sekiranya tetikus boleh bertukar menjadi tikus, sudah pasti dia akan gigit tangan mana2 pengguna yang menyalahgunakan internet untuk tujuan maksiat.
Posted by sufi_sakinah at 6:22 PM 0 comments
Wednesday, April 29, 2009
'AKU' MAHU YANG MANJA

Entri kali nie , ana nak bercerita mengenai ‘manja’..hah…tak kite nk cerita juga..mungkin anda rase meluat dengan tajuk nie tapi teruskan la membaca..pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan..mula la tue mencebek muka..eh faham ke ape tue ‘mencebek’?..sape nak faham belaja bahasa jawa dulu…kalau menngenai manja nie ia paling sinonim dengan perempuan/muslimah/wanita..yang laki plak susah nak tengok yang manja2 nie…nie ikut kajian ana la,maklumlah lah dalam family ana ada 4 org putera dari 6 orang..jadi ana tengok laki nie kalau manja pun sebelum kahwin manja dengan emak..dengan ayah skit2 la tue pun kalau nak sesuatu..ye tak?..nie hanya teori buatan dari ana..dan lepas kahwin boleh la lepas manja ngan suami/isteri..hah bab nie ana tak tau la sebab tak berpengalaman lagi.
Bagi orang yang sedang bercinta pula manjanyer bukan main…pijak semut pun tak mati..nak jaga punyer pasal perempuan tue di pimpin tangan bile nak melintas jalan, suruh peluk kuat2 kalau naik motor dengan alasan takut jatuh..lepas kawin dah ada anak 2 3 4 5++, suami jalan depan,isteri sebatu tertinggal kat belakang..hah nie ana dengar dari ceramah2 la..anda juga pasti selalu mendengarnya.(nampaknye ana menyebelahkan perempuan)

Jangan ingat manusia je ada perasanan manja ye ,perasaan untuk disayangi tapi haiwan pun ada..contohnya kucing, salah satu sebab kenapa orang bela kucing adalah sebab kucing nie bersifat manja..ada masenya ia akan gesel2 badan kat tuannya..kalau kite tengah duk tengok tv kucing nie pun sibuk nak duk same2..hah nie speisis kucing kat rumah ana la..kirenya kucing nie dah boleh bau sape tuannya dan ia akan manja dengan tuannya. Ade juga orang bela kucing sebab nak axcercise mlm2..kejar kucing tue sampai la kucing tue naik semput..hah ade juga orang yang macam nie..ada juga yang bela kucing sebab nak tolong tangkap cik Ti kat rumah..hah x kesah la yang penting memang orang pilih kucing.
Kalau seorang pekerja pula die akan berkelakuan baik, cube2 nak manja nak tarik hati majikan supaya majikan senang dengan die..tapi kekadang meluat juga tengok orang yang terlebih2 manja nie..maksudnya kene la bertepat..jangan pulak yang dah kahwin, tapi kat tempat kerja bermanja dengan orangn lain..eh sedikit panjang pula entri kali nie..
Ok la, yang atas2 nie hanya sampingan je..yang ana nak cerita adalah manusia yang paling manja..hah cepat teka siapa?.. lambat ,ana jawab..manusia yang paling manja adalah Rasulullah SAW kekasih Allah..Rasulullah manja kerna baginda sentiasa menyebut dan berdamping dengan Allah. Rasulullah sentiasa mewarnai ibadahnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah. Begitu juga pada para Nabi.
“ dan pada sebagian malam,lakukanlah solat tahajud sebagi tambahan bagimu…” (17:79)
Ini lah adalah antara amalan para nabi untuk bermanja dengan Allah. Alangkah indahnya. Kita juga boleh berbuat demikian. Allah sentiasa menunggu kita untuk ber 'manja’ denganNya dan Dia tak pernah jemu seperti jemunya manusia. Maka ingatan untuk diri dan juga pembaca sekalian, kelemahan kita adalah kekurangan kita. Kekurangan kita adalah kebergantungan kita. Kita bergantung pada bantuan Allah. Dengan mengadu pada Allah dan ber’manja' denganNya kita telah mengadu pada zat yang sebenar.

Posted by sufi_sakinah at 9:50 PM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
EXAM BESAR DALAM EXAM YANG KECIL
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga melepasi ujian akhir semesta ni..pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalu…rase baru je semalam duk takut n berdebar2 nak jawap exam..tub,tub,tub sekrang dah pun habis….fuh, lega…susah juga subjek nie..tapi saya yakin susah lagi EXAM Allah nanti..BERJAYA ke kite melepasi EXAM ALLAH tue?!!
Nak final exam kite bersedia, study sampai kewat2 malam..minum radix supaya tak mengantuk, makan pun tak menentu..memang pulun habis la…waktu tue juga kita akan lebih dekat dengan Allah .. Ye la sebab kita nak Allah tolong dengan mendapat ketenangan dan kemudahan dalam menjawab..waktu tue juga la baru nak turun surau/masjid cari ketenangan..
Dalam kita bersedia nak exam ni cube kita bayangkan baru sahaja kita nak melangkah kaki ke medan peperiksaan dengan punuh persediaan tetiba Allah tarik nyawa kita….( aku juga sedang membayangkan)…dengan kata lain kita x dapat la jawab exam.
Muncul la kita ke dunia baru yang PASTI x menjanjikan kita untuk kembali ke dunia lagi. Tinggal la kita bersama amalan2 kita menanti dan terus menanti ‘EXAM @ UJIAN’ dr Allah. Sudah pasti di akhirat kelak Allah akan paparkan segala hasil lakonan kita pada ‘skrin’ besar yang boleh dilihat oleh semua orang. Yang baik akan dibalas baik dan yang jahat dibalas dengan jahat/azab (nauzubillah). Jadi dah bersediakah kita dengan exam Allah?..saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama muhasabah apa persediaan kita.(dah bersediakah aku?)
“ Dan barang siapa di dunia ini buta hatinnya, maka di akhirat kelak juga akan buta, dan sesat lagi jalannya” ( 17: 72)
''kemuliaanku kerna ISLAM''
Posted by sufi_sakinah at 1:14 AM 0 comments
Friday, April 24, 2009
PANDANGAN MATAKU
Pandangan mata selalu sahaja menipu manusia. Sehingga manusia terlalu taksub dengan dunia. Segala yang tak elok dilihatnya cantik. Yang buruk segalanya dilihat baik. Kekadang semua itu untuk kepentingan duit poket masing2 masing. (maaf la, sape yang makan cili die akan rase pedas)
Pandanga AKAL
Pandangan akal selalu tersalah. HATI berkata tidak! pada rasuah, tapi akal berkata YA , dengan alasan untuk periuk nasi kau. HATI berkata jangan tipu, tapi akal kata “ kau kena menipu’ zaman sekarang nie kalau jujur sangat pun kene tindas!”
Pandangan NAFSU
Pandangan HATI
Pandangaan HATI adalah pandangan yang hakiki. Itu pun kalau hati itu bersih. Sebab hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Hati kita kalau bersih bisikannya adalah kebenaran, namun kalau hati telah dikotori bisikannya bukanlah kebenaran.
NAMUN, apa yang perlu kita risaukan sebenarnya adalah pandangan ALLAH pada kita. Nasihat untuk diri yang menulis dan juga para pembaca sekalian, utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Pandangan manusia hanya terletak pada jasad sahaja. Pandangan Allah lah yang lebih utama. Adakah selama kita hidup sebagai perantauan ini segala amalan dan tindakan kita diredhai dan disukai Allah.Semoga entri kali ini sama2 memberi kesedaran pada diri dan pembaca sekalian.
Selamat bermujahadah.
"Kemuliaanku kerna ISLAM"
Posted by sufi_sakinah at 1:02 AM 1 comments
Monday, April 20, 2009
DI AWAL PERKENALAN

Sahabat
Pertama kali sukar serasi
Berselisih faham berhari- hari
Jarang berbual untuk berkongsi
Egonya hati dan sanubari
Kita berbeza, tak mungkin sebati
Bermasam muka dan berkelahi
Alangkah sukarnya bertaut hati
Mungkin inilah ujian Illahi
PERSAHABATAN BERTAMBAH ERAT.....
Sahabat
Rabitah hati mula terikat
Luka berdarah mula terubat
Ingin berjumpa di waktu sihat
Apatah lagi di waktu tenat
Wajahmu penawar duka dan lara
Kini kau satunya dalam berjuta
Tiada lakonan dan sandiwara
Tidak tergambar 'kan kata- kata
Kau anugerah Tuhan pinjamkan
Untuk panduan di perjalanan
Bukan material yang kuharapkan
Hanya ukhuwwah sebagai pegangan
DI WAKTU PERPISAHAN.. ...
Sahabat
Kalimah perpisahan mengetuk pintu
Baru tersedar lamunan hatiku
Di saat hati telah bersatu
Kini kau tidak akan bersamaku
Usah dipersalahkan takdir Tuhan
Setiap pertemuan adanya perpisahan
Dia yang Mengetahui, Maha Menciptakan
Qada' QadarNya bukan mainan
Bertemu berpisah kerana Dia
Kita 'kan bersua di suatu masa
Semoga dipanjangkan jodoh bersama
Bukan di dunia, akhirat hendaknya
<>
HARGAILAH SAHABAT ANDA SELAGI ANDA MASIH BERSAMANYA.. .
USAH MENYESAL DI KEMUDIAN HARI...
SAHABAT... ANUGERAH TUHAN YANG TAK TERNILAI....
USTAZAH MARIATUL QIBTIAH
a.k.a. SAIDA FARHANAH SARKAM
UiTM TERENGGANU, DUNGUN
Posted by sufi_sakinah at 10:18 AM 0 comments
Sunday, April 19, 2009
SI KECIL YANG HEBAT
Pernah anda terfikir macam mane madu terhasil?Anda mungkin menjawab “ mestilah daripada lebah!”..ok, memang kita telah sedia maklum lebah yang menghasilkan madu. Tetapi tahukah kita betapa sukarnya lebah2 ini bekerja untuk hasilkan madu sejak mereka lahir lagi?…teruskan la membaca sebab saya akan membawa anda di dunia SI LEBAH…
“ Dan Allah member ilham kepada lebah : “hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok2 kayu, dan juga di bangunan2 yang didrikan manusia. Kemudian makanlah dr segala jenis bunga dan buahan, serat turutlah jln2 peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dan denga itu)keluarlah dalam badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya yg mengandungi penawar bg manusia…” (16:68-69)
Di dalam sebuah sarang lebah, terdapat seekor ratu, beberapa ratus lebah jantan dan beribu-ribu lebah betina yang mandul, iaitu lebah bekerja. Adalah lebih kurang 800000 ekor dalam satu sarang). Antara tugas mereka ialah membersihkan sarang, member perlindunga kepada ratu dan lebah jantan, menjaga larva membina sel untuk telur2 berkembang, mengekalkan kepanasan dan kelembapan sarang, mengumpul manisan debunga, air , dammar dan lain2.Seekor lebah bkerja dalam hidup selama 4 – 6 minggu . Selama 3 minggu selepas dilahirkan ia akan tinggal dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah yang sedang membesar. Memberi makan kepada bayi lebah dengan madu debunga yang diambil dr tempat simpanan..Bila lebah dah berusia 12 hr,tiba2 lilin lebah mula dihasilkan dalam badannya. Lilin lebah amat penting untuk membuat arang lebah.
Lihat sarang lebah di atas. Tidakkah ia kemas? Cuba kita fikirkan bolehkah kita membina heksagon yg kemas tanpa menggunakan pembaris?...atau, kita ambil sehelai kertas dan lukis heksagon dari satu penjuru kertas dan sorang lagi dr satu penjuru yang lain kemudian dapat kita hasilkan heksagon ditengah2 kertas tanpa meninggalkan sedikit pun ruang kosong?..pasti kita tidak dapat lakukannya. Tetapi si kecil lebah ini mampu melakukannya dengan sempurna.lagi la dilakukan tanpa sebarang alatan.
Lebah ini akan buat sarang dr satu sudut. Dan jika kita lihat kesemua heksagon itu sama besar. Bagaimana seekor lebah boleh lakukan tugas yg tidak boleh dilakukan oleh manusai. SUBHANALLAH. Itulah kebesaran Allah.Selama 3 minggu lebah akan melakukan tugas2 dalam seperti menjadi pengawal keselamatan di sarangnya dan sebagainya. 3 minggu berikutnya apbila betul2 mahir barulah lebah tadi keluar mencari mad debunga.Kalau manusia ada letih, lebah juga letih. Apabila sudah letih lebah akan mati selpas bekerja tanpa henti.
Begitu juga manusia. Allah menciptakan dengan kelebihan masing2. Walaubagaimanapun akhirnya kita akan kembali juga pada NYA. Cuma di sini saya nak kita sama2 fikir tentang kehebatan NYA supaya dapat menambahkan rasa rendah diri pada Allah yg menjadikan kita dari air mani yg kotor.
" kemuliaanku kerna ISLAM"
diolah dr buku ' KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH' karangan Harun Yahya.
Posted by sufi_sakinah at 7:26 PM 0 comments
UBAT YANG MANIS!

Ubat selalunya pahit!!
Begitulah juga dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyiksakan!”...terkulat2 juga saya buat kali pertama mendengarnya..apa kaitannya mujahadah dengan pahit!!.. Saya telan juga kata2 sahabat saya tue..untuk menjawap persoalan tue, saya terus mencari, dan terus mencari..Firman Allah “ Dan sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan2 Kami…” (29:69)Saya suka memetik ayat2 pada adik saya juga junior2 saya. Mujahadah itu memang pahit, kerna syurga itu manis. Dan syurga itu bukan untuk orang yang biasa , tapi untuk mereka yang ‘luar biasa’. Disini saya ingin perincikan bahawa tiada jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan mujahadah. kali ni saya nak berkongsi beberapa kaedah yang boleh kita sama2 amalkan untuk merawat hati. Entri kali ini sedikit panjang tapi tak rugi jika anda membacanya.
Dalam menghadapi karenah manusia, dan gelombang dunia sudah pasti hati kita terganggu. Namun lazimilah membaca AL QURAN beserta maknanya. Baca ayat2 Allah pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapai badai dunia. Itulah salah satu penawar jiwa.Firman Allah : “Dan Kami turunkan AlQuran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman”…” (17:82)
Kita ibaratkan jiwa orang yang tidak membaca AlQuran ini bagai telefon bimbit yang kehabisan bateri. Secanggih manapun telefon tue atau semahal mana pun telefon tu tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.. Jadi apa yang perlu dibuat ialah kita cas la telefon tue supaya lebih berfungsi. Begitula jiwa manusia yang mati, betapa segak, cantik atau bertenaga sekalipun seseorang tue sebenarnya ianya hanyalah dari luaran. Tanpa al Quran segalanya tidak bermakna. Orang yang ‘berjaya’ tetapi meminggirkan Al Quran ibarat mendaki puncak untuk meninggikan lagi tempat jatuh..ibarat memburu fatarmogaa dunia la kiranya..Selain membaca Al Quran , hati juga boleh di rawat dengan mendirikan SOLAT. Jika kita ingin Allah ‘ bercakap’ dengan kita, bacalah Al Quran kerana Al Quran itu adalah ayat2 Allah, tapi jika kita ingin ‘ bercakap ‘ dengan Allah maka dirikanlah solat. Sebab dalam solat itu sebenarnya kita mengadu,merintih pada Allah. Hat yang lemah akan mendapat semula kekuatan apabila kita bersandar pada satu kuasa Yang Maha Besar. Kita boleh lihat,jka kita sendiri mempunyai masalah kemudian kita luahkan pada orang yang kita sayangi dan percayai, langkah ini akan meredakan beban rasa tu. Apatah lagi jika kita solat, kita luahkannya pada orang Yang Maha Pencinta yang mencipta cinta itu sendri. Berlipat kali ganda la kelegaan tue .Firman Allah : “ Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa pada-Ku…” (2:186)Akhir sekali rawatlah hati dengan mengingat MATI. Hati yang mengingati
akan hidup, dan yang melupakan mati akan mati. Ingatlah, mati adalah pembasuh hati yang resah dan gelisah. Cukuplah mati sebagai peringatn dan pengajaran. Namun jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, sama2 lah kita berdoa agar Allah kurniakan hati yang baru, kerana hakikatnya kita sedah xde hati lagi. Jangan sampai kita kehilangannya!
Posted by sufi_sakinah at 9:38 AM 0 comments
Monday, April 13, 2009
TAWARAN HEBAT UNTUK SEMUA!
Dalam kesibukan exam nie sempat juga saya mencuri masa berkongsi dengan pembaca2 sekalian... Sape yang tak ambil peluang memang rugila…senang je nak dapat kalau kita amalkan..tawaran yang saya maksudkan ini bukan la tawaran yang menyediakan wang yang berjuta, emas yang berpeti atau pangkat yang tinggi, tapi tawaran ini adalah tawarn yang diberi sendiri oleh zat Yang Maha Tinggi dari segala yang berpangkat tinggi..huh..dapat bayagkan tak?
“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hasanah (kebaikkan). Satu kebaikan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf. Tetapi huruf alif itu satu,lam itu satu, dan mim itu satu” -Hadits sahih riwayat al-Tarmizi, al-Darimi
Bukankan membaca Al-Quran mampu menambahkan amalan timbangan kita diakhirat kelak? Ini lah tawaran yang saya maksudkan..Rugi lah umat ISLAM yang diberi kelebihan dan gandaan oleh Allah tetapi itulah yang sering kali kita abaikan. Bahkan dirasakan amalan mereka sudah mencukupi untuk timbangan di atas Mizan kelak.
Pada hari ini, bukan saja umat Islam sudah tidak ingin memahami isi kandungan Alquran, malah ada sebahagian daripada mereka yang tidak tahu langsung untuk membaca AlQuran..hah yang nie saya xnak salahkan sape2..rasanyer tepuk dada,tanya iman masing2.mm..tak hairanlah mengapa akidah segelintir antara kita pada hari ini yang mudah goyah,maka berlakulah kes2 murtad dalam kalangan remaja. (semoga kita semua dijauhkan).
Cuba anda semua bayangkan (semestinya saya juga bayangkan), pada asal penurunan AlQuran para sahabat yang memeluk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah amat gembira dengan penurunan wahyu ini. Malah mereka membacanya sehinggakan menangis. Ini kerana AlQuran memandu hidup mereka yang dahulunya pesong, menggembirakan hati mereka dengan janji2 yang bakal diberikan Allah kelak, serta menerangkan hukum2 yang selama ini mereka tidak tahu dan sebagainya.
Amat sangatlah berbeza antara golongan yang benar2 beriman dan golongan yang munafik. Hati golongan yang munafik sentiasa gelisah apabila menemui ayat2 hukum. Jiwa mereka memberontak dengan apa yang di HARAM dan di LARANG oleh Allah. Mereka berusaha memutarbelitkan makna. Berbeza pula dengan mukmin sejati. Apa2 yang diperintahkan mereka lakukan dan apa yang dilarang mereka tinggalkan tanpa mempersoalkan. Jadi dimanakah kita?

Posted by sufi_sakinah at 6:48 PM 0 comments
SENJATA UMAT ISLAM?
Doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W selepas sembahyang sunat subuh:
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat dariMu dan dengannya Engkau beri hidayah di dalam hatiku.
Ya Allah,
Aku meminta kepadaMu iman yang murni ,keyakinan yang sebenarnya sehingga aku sedar bahawa tiada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa yang telah Engkau putuskan dan aku meminta kepadaMu supaya aku redha dengn segla pemberian yang Engkau berikan.
Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu iman yang benar dan yakin tidak akan kufur lagi selepasnya dan aku memohon akan rahmatMu yang dengan rahmat itu akau data kemuliaan didunia dan akhirat kelak.Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu akan keredhaan untuk menerima
keputusanmu dan keuntungan ketika aku berjumpa dengan Mu. Dan aku memohon kepadaMu diberikan kedudukan pada syuhada dan kehidupan orang2 bahagia dan aku memohon kemenangan terhadap segala musuh2 dan aku meminta supaya aku dikumpulkan dengan para Anbia diakhirat kelak.Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku persembahkan segala hajatku, walau lemah pemikranku dan kurang amalanku. Aku sangat berharap kepada limpah rahmatMu wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara dan yang menyembuhkan segala penyakit yang ada dalam dada.Ya Allah,
Seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan maka Engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksa kubur serta laungan kekesalan.Ya Allah
Jadikanlah kami ini daripada golongan hambaMu yang mendapat petujuk dan memberi petunjuk kepada orang lain, bukan daripada golongan yang sesat dan bukan pula daripada mereka yang menyesatkan orang lain. Jadikanlah kami memusuhi orang yang memusuhi Engkau.
Ya Allah,
Inilah doa kami dan kepadaMu kami berserah dan berharap. Dan kami datang kepadaMu dan kepadaMu juga tempat kami kembali dan tiada daya dan upaya kecuali hanya dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Penyayang.Ya Allah,
Jadikanlah bagiku, nur di dalam diriku dan nur pada pendengaranku dan nur pada penglihatanku dan nur dirambutku dan nur dikulitku,darah, tulang dan nur dihadapan,dibelakangku, dan nur dikanan dan kiriku dan atas dan bawahku.
Ya AllahTambahkanlah aku nur dan berilah aku sebesar2 nur dan jadikanlah bagiku nur dengan kemurahan Mu Ya Allah Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah.
''kemulianku kerna ISLAM''
Adapted by : Bidayatul Hidayah (Permulaan jalan hidayah), Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al Ghazali.
WARNING!!! : DOA MERUPAKAN SENJATA ORANG BERTAQWA, KALAU SEORANG MANUSIA YANG DIGELAR KEKASIH ALLAH YANG TELAH DIJANJIKAN SYURGA MAMPU BERDOA SEDEMIKIAN RUPA,INIKAN PULA KITA INSAN LEMAH,LAGI KERDIL DAN HINA. MARILAH BERMUHASABAH...
Posted by sufi_sakinah at 11:07 AM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
EXAM MODE
Posted by sufi_sakinah at 6:46 PM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
MASJID
Seperti biasa, kami pergi menaiki krete dan sampai je disana, kami masuk ke ‘pejabat’ menunggu ‘mangsa’ pertama. Sementara duk menunggu sempat juga ak mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Aku bagai seorang perantau dr dulu kini dan selamnya tetapi tetap membangun bersama Islam. Dan memang secara fitrah kita manusia memang seorang perantau di bumi Allah nie.mmm sambil duk sempat juga aku berbual dan menginngat kembali pengajian perbandingan agama yang ak sertai bersama sakinah.
Dari jauh.. “ hah sufi! tue mangsa pertama kita”..dari dalam aku nampak sorang pelancong duk tengah ambil gambar dari luar pagar masjid.. “jom sufi kita panggil die”..lepas berkenalan dengan pelancong yg berketurunan India ini tapi menetap di AS akhrnya kami berjaya menawan hati die untuk masuk ke masjid. Bukan ajak sembahyang ye, tapi ajak die untuk terangkan sedikit apa yang terdapat dalam masjid dan kami yakin kebanyakkn non-muslim percaya yang mereka tidak dibenarkan masuk ke masjid.
Hah nie la peluang ak untuk praktikkan teori yang terpendam sampai nak berkulat nie..Kami gunakan teknik2 yang telah diajarkan oleh Bro. Kamrudin ,terangkan apa isi masjid, ape itu Islam sedikit asal-usul Nabi dan maklumat tentang islam..berdebar la juga..maklumlah,bro. memang serahkan 100% pada kami…tapi Alhamdulillah selesai juga kami sampaikan dakwah pada non-muslim nie.
Lepas tu tue ade 2 org lagi pelancong asing yang dari negara yang sama. Hah kali nie kami surrender..mane x nyer..depa nie free-thinker, x percaya agama..jadi macam2 la soklan yang ditanya.. tapi Alhamdulillah Bro. Kamrudin x pernah membiarkan anak didiknya bersendirian. Bro datang membantu.maka berlangsung la sesi soal jawab antara bro dan 2 orang non-muslim..dalam sola wanita bro. serahkan kepada kami sebab kalau ikut psikologinya ia lebih berkesan pada jika permpuan dengan perempuan.agak terperanjat juga pelancong wanita bile die tau kami nie pelajar u yang mengambil subjk kimia dan fizik. Sebab menurut mereka di negara mereka wanita nie dikatakan kolot dan kurang berpelajaran..wah..kami pula yang terkejut!..lama juga kami berdiskusi. Sedar x sedar sudah hampir asar baru kami bersurai.
Sebelum balik bro. pesan “ Dalam kita berdakwah dengan non-muslim nie kita bukan ajak mereka masuk Islam sebab tugas dakwah non-muslim nie kita hanya menyampaika,(convey) Kita bagai menanam benih pada diri sesorng itu dan selebihnya Allah la yang akan ‘menyiramnya’ dan ‘menumbuh biak’nya”.
" kemulianku kerna ISLAM"
Posted by sufi_sakinah at 2:03 AM 1 comments