Tuesday, February 23, 2010

AYUH UPDATE ANTI VIRUS!



“eh hakim, lattop hang ada anti-virus tak?aku nak masuk tumbdrive ni”
“Mesti la ada..anti-virus original lagi aku beli..setiap 3 hari sekali aku update tau, hang jangan main-main”
“owh..kalau original mesti mahal kan?”
“erm…ye la.kena la berkorban sikit kalau nak jaga latop tue”
“tapi ape bezanya antivirus yang mahal dengan yang aku download free je kat laman web tue ye?”
“ermm..hang cuba la dulu, baru tahu apa bezanya”

APA BEZA ANTI-VIRUS NIE?!!

Semestinya antivirus yang mahal lagi original ini lagi berkesan berbanding antivirus yang kita peroleh percuma daripada dalam internet..namun, walau beli semahal mana pun tanpa kita ‘update’ tidak berguna juga..maka seharusnya tanggungjawab pengguna/user untuk “update” antivirus itu.


Melihat kepada fenomena ini, suka saya mengaitkannya dengan diri kita sebagai hamba Allah. Seperti juga antivirus itu tadi, manusia juga perlu update diri untuk berhadapan dengan dunia yang penuh dengan ‘virus-virus’ yang pelbagai rupa. Bagaimanakah caranya ?.


Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq :1-5)


Jika kita lihat wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah adalah suruhan membaca. Membaca dengan tujuan mencari ilmu Allah yang terbentang luas .Sekiranya tujuh lautan itu dijadikan dakwat sekalipun tidak akan habis untuk menulis ilmu Allah (al-Hadith).


Umat Islam dituntut untuk menuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahupun akhirat kerana dengannya menjadi benteng dan persedian kita untuk menghadapi hari-hari muka. Melihat kepada konteks zaman sekarang ini, tanpa ilmu kita akan mudah diserang oleh virus-virus dunia serta agenda-agenda mereka yang mahu melihat umat Islam lemah dan mundur.

Namun ilmu di dada ini tidak akan kemana sekiranya kita tidak amal dan melakukan penambahan. Ilmu alif, ba, ta yang kita mengaji 20 tahun lepas tanpa berterusan mungkin masih lagi alif,ba,ta masa sekarang. Ilmu menggunakan mesin taip 20 tahun lepas mungkin tidak relevan lagi pada masa sekarang sekiranya kita tidak update ilmu baru iaitu menggunakan kemudahan komputer. Apa beza pula mesin taip dengan komputer?..Saya yakin para pembaca sekalian dapat membezakan sendiri.Kita lihat sahaja dari segi pengurusan, jua beli, keperluan maklumat dan sebgainya..semuaya hanya dihujung jari.namun sekiranya kita masih lagi dengan ilmu mesin taip yang lama tanpa ada keinginan untuk memperbaharui ilmu itu maka ketinggalan kita dalam banyak urusan.


Maka umat Islam perlu setiasa memperbaharui ilmu dunia dan akhirat dengan menimbanya,memperbanyakkan pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Semoga dengan ilmu-ilmu yang kita update ini menjadi benteng pada kita untuk berhadapan dengan dunia cyber yang semakin hari semakin banyak virus-virusnya.




0 comments: