Thursday, September 3, 2009
HAKIKAT KAWAN
Posted by sufi_sakinah at 6:35 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, August 18, 2009
"TAPI SAYA IKHLAS..."
Terkejut juga bila saya dengar dialog nie..mane tidaknya..tidakkah ia menyalahi konsep “IKHLAS BERZINA”
Nilai Ikhlas sudah cukup elok dalam Islam.Hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan hambaNya. Namun Zina itu di HARAM kan dalam Islam. Malah dalam Al-Quran ada mengatakan “…jangan kamu hampiri zina.”
Setiap org mempunyai fitrah untuk disayangi dan dicintai. Diambil perhatian dan dibelai.dalam dunia ni siapa yang tak suka dibelai. Tidak normal la orang yang tidak suka dibelai,disayangi dan dikasihi. NAMUN semua itu ada batasan dan landasannya.
Nabi datang untuk selamatkan kita .Nabi bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)
Maka,niat yang kita buat kena ikhlas, cara pula kena mengikut syariat. Tapi syariat mengharamkan zina.. Jadi tiadalha istilah "ikhlas erzina"..ada yang tak kena tue.
Posted by sufi_sakinah at 10:49 PM 3 comments Links to this post
Monday, August 17, 2009
AL-QAHHAR

Posted by sufi_sakinah at 3:54 PM 0 comments Links to this post
Sunday, August 16, 2009
KAU MUNCUL LAGI
Bercerita mengenai Ramadhan, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Selatan Thai. Kita mungkin dah biasa bila menyentuh isu Palestin, buat kutipan sana-sini, ceramah mengenai Palestin,boikot barangan Yahudi, media-media pun sentiasa sibuk membuat liputan mengenai isu ini..sampaikan artis-artis kita pun sanggup mengadakan konsert hanya untuk mengutip sumbangan kepada Palestin!. Ok, yang tue mungkin kita sudah biasa dah semoga setiap tindakkan kita untuk membantu saudara se-Islam kita diberi ganjara oleh Allah.
Namun bila kata pasal selatan Thai, org hanya tahu yg selatan Thai sedang bergolak, x aman, ada pengeboman dan bla…bla...bla…(mungkin aku pun sama kalau tak blaja kat utara)..apa2 pun perkara nie buat aku lebih peka pada isu semasa.
Eh, apa kaitannyer dengan Ramadhan plak?!!
Ok la, saya crite skit. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai berlaku pada bulan Ramadhan tahun 2004 (aku masih bersekolah menengah) yang menyebabkan kematian 85 org kerana sesak nafas ditindan beramai2 dalam trak askar. Liputannya di kaca tv telah menyedarkan ramai pihak terutama masyarakat Islam di sini. Namun begitu liputan media yang tidak konsisten menyebabkan majority masyarakat tidak memahami apakah yang sebenarnya berlaku di Selatan Thai.
‘ red zone’ berjaya menutup kes ini di mata masyarakat dunia. Di Malaysia pula, walaupun kita berjiran, liputan di Palestin adalah lebih berbanding negara jiran (Selatan Thailand).. kerana ape?!!..mungkin juga kerana kepentingan politik..
Posted by sufi_sakinah at 8:02 PM 0 comments Links to this post
Thursday, June 25, 2009
ENGKAU TIDAK AKAN 'MATI'
“Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bersenang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman.” (Q.s. Ali Imran: 169-71).
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyadarinya.” (Q.s. al-Baqarah: 154).
Bahawa Allah akan menyempurnakan rahmat bagi orang-orang yang syahid dan bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam surga merupakan rahasia Allah lainnya yang diungkapkan dalam al-Qur'an.
“Dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenankan-Nya kepada mereka.” (Q.s. Muhammad: 4-6).
“Maka Tuhan mereka mengabulkan permohonan mereka, 'Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik'.” (Q.s. Ali Imran: 195).
“Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.” (Q.s. al-Hajj: 58-9).
Kenyataan yang diungkapkan dalam ayat-ayat di atas tentang orang-orang yang gugur di jalan Allah adalah di antara rahasia-rahasia dalam al-Qur'an, yang pada umumnya tidak diketahui orang ramai.
Posted by sufi_sakinah at 9:11 PM 2 comments Links to this post
Thursday, June 18, 2009
" RABHITAH"
Posted by sufi_sakinah at 6:46 PM 0 comments Links to this post
''PERANG SIBER''
Selain melakukan serangan military kepada negara2 seperti Iraq, Afganistan dan Palestin terutamanya, Zionis beserta konco-konconya terus melakukan serangan siber atau lebih dikenali dengan serangan pemikiran.Mari kita lihat apakah serangan siber yang telah Berjaya dilakukan oleh mereka. Program hiburan ini secara halusnya telah merosakkan akhlak remaja.Ini dihuraikan oleh mereka, “ Kita mesti bekerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral manusia daripada segala segi lapangan, supaya dengan mudah kita dapat menguasai mereka”.
“ Selama Al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selama itulah Eropah tidak mungkin menguasai Timur, selamanya itu juga Eropah tidak akan hidup aman” ~ Gladstone, PM Britain~
Al-Quran adalah sumber kekuatan umat. Orientalis barat yang mengkaji Islam mendapati sendiri kehebatan Tamadun Islam terletak pada keakrabannya pada Al-Quran. Perdana Menteri Britain yang menyedari hakikat itu tela mewujudkan ‘kelas agama’ kepada anak-anak peribumi, Alquran di ajar tetapi sekadar membaca, bukan untuk diifaami isi kandungannya. Al-Quran dijadikan pedoman hidup dan juga insprasi bagi melakukan penyelidikan saintifik oleh barat . Jika mereka orang bukan Islam menggunakan sumber A-Quran, bagaimana pula kita? Bukankan holly Quran adalah buku panduan kita?
Zionis dan musuh-musuh Islam terus berusaha supaya umat Islam tidak merasai kepentingan khalifah, ketua seluruh umat di dunia. Mereka berusaha menanamkan bibit perbezaan antara bangsan dan Negara. Kesatuan umat dipecah-belahkan.
Kemudian wujudlah senario Muslim Arab berasa lebih hebat berbanding Muslim Turki, Muslim UEA lebih hebat berbanding Muslim Yaman, Muslim Malaysia lebih hebat berbading Muslim Bangladesh. Sedangkan Islam mengajar bahawa kemulian disisi Allah bukan dilihat menerusi warna kulit , harta, kecerdikan dan sebagainya malah kemulian disisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa.
Yahudiyang memusuhi Islam jiga komited dalam peperangan siber selain peperangan militari. Malah mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang memusuhi Islam. Pastikah kita selamat daripada sebarang 'peluru sesat' dalam peperangan ini? Adakah aku, engkau dan yang lain2 mahu menjadi penonton kepada sebilangan umat yang 'cedera parah' dalam peperangan ini?
Wallallahualam
"kemuliaanku kerna ISLAM"
Posted by sufi_sakinah at 6:29 PM 2 comments Links to this post
Friday, May 22, 2009
'ONLINE' DENGAN ALLAH?
Dengan suhu bilik yg sejuk, tangan yg kering, mata yang layu, saya cuba mencari motivasi diri. Duduk depan pc untuk cuba meringankan tangan menekan button keyboard., merangka-rangka ayat setelah beberapa hari tak post entri yang baru..
Baiklah, saya nak berkongsi mengenai satu artikel dalam buku yg dibaca. Sebelum mula saya nak lontarkan satu persoalan. Sekiranya seseorang meminta tolong kita berulang-ulang kali, secara fitrahnya kita akan jatuh kesian kerana melihat kesungguhan orang tue x jemu2 walaupun anda menolak untuk membantu. Akhirnya kita terdorong juga untuk membantu menunaikan permintaannya. Pernahkah anda mengalaminya?
Pagi tadi, malam semalam, petang esok, tengahari ini malah malam nanti sudah pasti anda dan juga saya tidak jemu-jemu memohon kepada Allah supaya ditunjuki jalan yang lurus, diberi kecemerlangan dalam pelajaran dan kerjaya, dilimpahkan rezki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan macam2 lagi permintaan. Senang kata secara elektroniknya, kita selalu ‘online’ dengan Tuhan untuk memohon sesuatu. Permohonan tu dah beberapa ratus bahkan beribu-ribu kali kita ajukan pada Allah. Namun apakah status permohonan kita? Adakah Berjaya atau tidak permohonan tue? Adakah button ‘semakan’ ketika sedang ‘online’ dengan Allah?
Namun sebagai umat Islam yang bertaqwa, kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan permohonan yang diajukan. Berdasarkan firman Allah “ berdoalah nescaya akan Aku perkenankan.”
Begitulah hubungan dengan Allah, kita kerap meminta dan apabila Allah dah tunjukkan, kita kerap juga mensia-siakan atau tidak mendengarnya.. Ini lah yg berlaku pada saya ,pembaca dan pada semua manusia secara amnya. Jawapan dari Allah tidak kita dengari, jalanNya tidak kita ikuti, teladan yang ditetapkan pula kita pinggirkan sebab adanya sifat ego. AKHIRNYA kita tidak dapat apa yang dihajati, selalu gagal, duit poket pula sentiasa kurang, anak2 pula semakin degil, jika sedang belajar terasa susah untuk mengingati ilmu, hati pula terasa semakin jauh. Rasa diri tidak layak untuk berubah sebab Allah tak pernah mengabulkan permintaan.
Hakikatnya, apabila kita meminta pada orang lain maksudnya, kita serba kekurangan dan orang yang diminta itu mempnyai kelebihan. Kita LEMAH, kita HINA,kita KERDIL. Seeloknya kita lenturkan keegoan kita dengan merasa dunia ini bukan milik kita. Buatla sepertimana orang yg serba kekurangan.
Sebagai khalifah kita diberi kuasa tertentu. Antara kuasa itu adalah akal fikiran yang tak ada pada makhluk lain, Dengan akal manusia boleh mendalami ilmu dan dengan ilmu manusia mampu ‘menundukan’ makhluk lain. Dengan sains dan technology gunung yang tinggi mampu kita daki, bukit dapat diratakan, lautan dapat diselami untuk melihat kebesaran Allah. Ilmu yang dicari pula bukanla sekadar mahu lulus alam peperiksaan tapi untuk diguana di hari kemudian.
Allah tidak mengkabulkan doa kita hari bukan ini bermakna Dia lupa pada kita. Tapi Allah mahu hambanya terus dekat dan memohon kepadanya. Dia mahu kita selalu ‘online’ kepadaNya siang dan malam lebih2 di sepertiga malam. Ini juga tarbiyah daripada Allah. Janganlah bersedih. Allah sentiasa bersama orang sabar dan istiqamah. Setiap orang Allah dah berikan rezeki sesuai dengan dirinya, pada tempatnya dan pada masanya.

Semoga entri kali ini memberi sedikit suntikan pada anda juga pada saya untuk meneruskan hari2 yang mendatang dengan lebih tabah dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dunia.
Posted by sufi_sakinah at 1:57 AM 2 comments Links to this post
Friday, May 15, 2009
SELAMAT HARI GURU!
Bersedia melangkah megah
Berikrar eratkan bangsa
Guru Pembina Negara Bangsa
Guru Pembina Negara Bangsa
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Posted by sufi_sakinah at 8:00 AM 0 comments Links to this post
Thursday, May 14, 2009
USTAZ DATANG LAGI
orang yang banyak bercakap dikhuatiri terselit penipuan. Namun
itu bukan alasan untuk manusia tidak menjalankan tugas dakwah.2. Gelojoh ketika makanMakan dengan banyak. Makan mengikut nafsu sehingga
membazir.3. Suka marah-marahSesiapa yang mempunyai sifat ini perlulah berusaha untuk
mengawal emosi supaya tidak menjadi kebiasaan. Kita diajar untuk bermanis muka dengan sesiapa sahaja. Senyum juga merupakan suatu sedekah yang patut kite rebut. Namun jangan di salah guna senyuman itu!4. hasad dengkiHasad dengki membawa permusuhan dan perasana tidak tenang
terhadap kelebihan yang ada pada orang lain dengan harapan supaya kelebihan itu ditarik darinya.Ini seolah2 kita tidak mensyukuri nikmat Allah malah sibuk pula memikirkan bagaimana dapat menjatuhkan si dia.5.Bermegah-megahBermegah-megah dengan jawatan, dan harta menyebabkan hati jauh
dari Allah kerana lupa bahawa segala nikmat pemberian adalah datang dariNya bukan hanya atas usaha anda.6. egoyang boleh menimbilkan riak.7. cintakan duniamelebih-lebihkan dunia sehingga mengenepikan hak Allah.8. ujub dan bangga diri9. gemarkan pujian10.kedekutNamun hakikatnya banyak lagi perkara yang secara sedar atau tidak boleh menjauhkan diri kita dengan Pencipta..Sama2 kita muhasabah (ana juga x terkecuali) =)
Posted by sufi_sakinah at 11:47 PM 1 comments Links to this post
Wednesday, May 13, 2009
Selain itu, bagi seorang perokok yang lebih 20 tahun merokok, sekurang2nya mereka telah belanjakan tidak kurang daripada RM 38000 hanya untuk membeli rokok. Ini merupakan suatu kerugian dan sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang boros dan membelanjakan harta kejalan yang boleh mendatangkan mudharat. Alangkah eloknya jika duit yang digunakan untuk rokok itu disalurkan kepada mana2 badan kebajikan serta dengan tujuan kebaikan. Setidak2nya dapat juga bonus di akhirat kelak!

Posted by sufi_sakinah at 1:22 AM 2 comments Links to this post
Monday, May 11, 2009
"MAT REMPIT HANYA DI MALAYSIA"
Keluarga yang bermasalah, mempunyai dua personaliti berbeza dan tidak patriotik. Inilah 'jiwa' mat rempit yang menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial, termasuk samseng jalan raya dan peragut.
Ada juga dalam kalangan mat rempit yang mengalami masalah indentiti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja. . Ini diakui sendiri bekas mat rempit yang sudah insaf dan menjadi Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, 33. Walaupun mat rempit ini mewakili daripada pelbagai kaum, namun yang paling menyedihkan ialah majoritinya adalah kaum melayu yang dilahirkan beragama.
Namun kita tidak boleh menyalahkan factor keluarga 100% dalam hal ini. Adakah kita tiada otak untuk fikir baik dan buruk segala perbuatan itu?..Tidak ingatkah kita pada ibu bapa yang bersusah payah, berpanas terik di sawah mahupn di lautan semata2 mencari sesuap nasi untuk menyara anak2nya. Tidak takutkah kita pada ayat surah al-Mukminun 23:37
“ (kehidupan itu ) tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, (di sanalah) kita mati dan hidup dan tidak akan dibangkit lagi”
Waktu tue dah tak berguna lagi. Menangis air mata darah sekalipun kita tidak mungkin di bangkitkan lagi.
Kepada mereka yang berminat dan ekstrem sangat nak berempet, sertailah RD Club yang ditubuhkan pada 1997. RD Club cuba membantu dengan menawarkan alternatif kepada ahlinya dengan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat .

Beruk pun tau merempit juga.. TAPI manusia kalau mati merempit mati katak!, si beruk nie mati katak orang tak kisah sangat. yang kisah bila manusia nie mati sebab merempet..
Mari kita sama2 muhasabah.
Posted by sufi_sakinah at 1:05 AM 3 comments Links to this post
Sunday, May 10, 2009
BAGAIMANA DAPATKU MENITI ?
Posted by sufi_sakinah at 8:58 PM 2 comments Links to this post
BUAT MEREKA YANG BERGELAR SAHABAT
Menjejakkan kaki di matrik mengajar saya erti bersahabat. Bila kata bersahabat semestinya kita mahukan hubungan itu disulami dengan kejujuran. Alangkahnya indahnya bersahabt lebih2 lagi apabila bersahabat kerna Allah.
Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang tidak dicemari langsung apa2 niat yang tidak baik atau untuk kepentingan diri. Ini kerna ada juga orang yang bersahabat dan berkawan hanya untuk diajak teman gembira. Tapi bila bersedih semuanya lari entah kemana. Itulah lumrah manusia yang bersahabat bkan kerna Allah.
Istimewanya bersahabat ini telah dirakamkan dalam bebrapa hadis. Antara hadis yg sering kita dengar adalah yang diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim. Dalam hadis itu menyatakan antara 3 sifat yang memungkinkan kita menikmati kemanisan iman adalah tiada yang dicintai melebihi Allah dan Rasulullah, membenci kekufuran seperti dia membenci seksa neraka dan terakhir ialah mengasihi sahabat kerana Allah. Begitu tingginya kedudukan persahabatan yang terjalin hasil keikhlasan mencari redha ALLAH.
Hadis lain pula yang dibawa oleh Imam al –Nawawi. Antara 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy diakhirat nanti adalah “ Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerna Allah.” Semoga kita semua dikurniakan persahabatn sebegini.
“ Ya Allah kurniakanla kami sahabat yang mengAsihi kami kerna-Mu, kurniakan juga kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu.”
Posted by sufi_sakinah at 8:46 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, May 6, 2009
SAYAP KEBEBASAN
- Paru2 burung adalah sangat unik kerana ia menyedut dan menghembuskan udara melalui saluran yang berbeza.
- Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh malah lebih kukuh daripada kapal terbang untuk menghadapi rintangan udara dan tekanan atmosfera yang semakin rendah walapun bahagian dalamnya adalah kosong dan berongga.
- Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik tanpa berpusing2.
- Bulunya dibentuk dari sumber protein yang bernama keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak tanpa melalui sebarang proses pengilangan,pempolimeran dan pengaloian.
- Burung membersihkan bulunya dengan menggunakan minyak yang dikeluarkan daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini lah yang menjadikan bulu burung sentiasa kemas, berkilat ,licin dan kalis air.
- Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada yang sangat kuat untuk menyokong otot2 sayap.
Posted by sufi_sakinah at 1:36 AM 3 comments Links to this post












