Wednesday, May 13, 2009


Hari ni saya terpandang satu artikel yang berkaitan dengan rokok .

" Dan infakkanlah (hartanmu) k jalan Allah , dan janganlah kamu jatuhkan diri ke dalam kebinasaan dengan tagan kamu sendiri..." (1:195)


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa mereka yang merokok terdedah kepada 25 penyakit yang membawa kepada maut. Kesan bagi perokok dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Selain itu asap rokok juga membawa kesan yang buruk pada orang disekeliling (second hand smoker), termasuklah ahli keluarga tercinta.


Selain itu, bagi seorang perokok yang lebih 20 tahun merokok, sekurang2nya mereka telah belanjakan tidak kurang daripada RM 38000 hanya untuk membeli rokok. Ini merupakan suatu kerugian dan sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang boros dan membelanjakan harta kejalan yang boleh mendatangkan mudharat. Alangkah eloknya jika duit yang digunakan untuk rokok itu disalurkan kepada mana2 badan kebajikan serta dengan tujuan kebaikan. Setidak2nya dapat juga bonus di akhirat kelak!


Mengikut kajian pula, asap rokok mengandungi > 4000 bahan kimia yang merbahaya. Ini termasuklah racun, alcohol dan bahan2 yang boleh menyebabkan kanser. Selain membawa maut, ada sebenarnya turut mengajak orang sekeliling anda yang tidak bersalah juga menderita seperti anda. Kejam!..Bayangkan jika itu berlaku pada anak anda!
(ni juga saya pesan buat abg2 sy,abg.mus, abg bidin, abg.wan) =)
Sayangi la diri anda, kasihanila diri kita..diri kita berhak mendapat kesihatan yang sempurna.
Pesanan buat orang semua.

2 comments:

nini said...

salaam...

ada banyak iklan tunjuk bahaya rokok hatta kat kotak rokok tu sndiri tunjuk gambar yg mengerikan... tapi masih juga cara2 itu tidak berkesan untuk buat orang berhenti merokok... ada yang nak berhenti tapi ia bukan mudah... kerana ketagihan... kasihan melihat orang yang kurang berduit tapi berhabis duit untuk rokok berbanding keperluan lain yang lebih penting...

mungkin perlu ada cara lain untuk galakkan orang supaya berhenti merokok...

salam

sufi_sakinah said...

salam..
ya memang betul. sebab tue kene banteras dari kecil...tp tue la..kalau ayahnye perokok, anak juga akan cube2 untuk rokok..