Saturday, May 2, 2009

''AYAHKU PENJENAYAH, BAGAIMANA DIRIKU?''



Siapa yang tidak kenal Abu Jahal? Beliau adalah antara penentang kuat Islam dan Nabi Muhammad. Namun, itu tidak menghalang anaknya menjadi Muslim yang baik, malah pejuang Islam yang komited. Itulah dia Ikrimah bin Abu Jahal, salah seorang ahli syurga.

Ikrimah adalah hero musyikin Mekah semasa perang Uhud. Nama yang jarang kita dengar. Sebelum menjadi Muslim, beliau sangat komited memerangi Islam dan Rasulullah. Beliau pernah bercita-cita membunuh rasul terakhir di samping membunuh ramai sahabat Rasulullah dalam siri peperangan. Dendamnya kepada Islam sungguh membara kerana menyaksikan kematian ayahnya Abu Jahal dalam Peperangan Badar.

Semasa pembukaan Mekah, Ikrimah cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, bekas isterinya (sudah menjadi muslim) berjaya memujuknya supaya tidak melarikan diri serta beriman kepada Allah. Setelah beriman, beliau secara peribadi meminta Rasulullah berdoa supaya Allah mengampunkan segala dosa dendam, benci dan permusuhan kepada Islam sebelum ini. Dia tahu , segala dosanya akan diampunkan Allah apabila dia mengucap dua kalimah syahadah. Namun, dia mahu mendengar sendiri munajat nabi terhadapnya.

Nabi pun berdoa untuknya. Selepas mendengar doa daripada Nabi, Ikrimah berasa senang hati dan gembira lalu berkata. “Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku ganti berlipat kali ganda untuk membela Islam. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan berlipat kali ganda untuk membela Islam. Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir ”

Nama Ikrimah ini jarang sekali kita dengar. Namun apa yang ingin disampaikan disini ialah tidak ada sebab bagi seseorang itu untuk tidak bersama2 kembali kepada Islam dan menjalankan tugas2 dakwah. Saya kata demikian kerana kita sering mengalami fenomena dimana ada segelintir individu yang memberikan alasan bahawa dia tidak layak untuk berada ‘disini’. Dengan alasan belum cukup ilmu, bukan dari sekolah agama, masalah akidah keluarga dan sebagainya. Adakah tugas dakwah ini kita letak kepada golongan ustaz/ustazah, orang yang berlatar sekolah agama, orang2 masjid?.. (ni la mentality masyarakat)..
ISLAM itu bukan untuk mereka tapi Islam untuk semua yang mengimaninya. Sesungguhnya iman itu memang tidak diwarisi tetapi kita yang patut mencarinya.
''kemuliaanku kerna ISLAM''













0 comments: