“eh hakim, lattop hang ada anti-virus tak?aku nak masuk tumbdrive ni”
“Mesti la ada..anti-virus original lagi aku beli..setiap 3 hari sekali aku update tau, hang jangan main-main”
“owh..kalau original mesti mahal kan?”
“erm…ye la.kena la berkorban sikit kalau nak jaga latop tue”
“tapi ape bezanya antivirus yang mahal dengan yang aku download free je kat laman web tue ye?”
“ermm..hang cuba la dulu, baru tahu apa bezanya”
APA BEZA ANTI-VIRUS NIE?!!
Melihat kepada fenomena ini, suka saya mengaitkannya dengan diri kita sebagai hamba Allah. Seperti juga antivirus itu tadi, manusia juga perlu update diri untuk berhadapan dengan dunia yang penuh dengan ‘virus-virus’ yang pelbagai rupa. Bagaimanakah caranya ?.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq :1-5)
Jika kita lihat wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah adalah suruhan membaca. Membaca dengan tujuan mencari ilmu Allah yang terbentang luas .Sekiranya tujuh lautan itu dijadikan dakwat sekalipun tidak akan habis untuk menulis ilmu Allah (al-Hadith).
Umat Islam dituntut untuk menuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahupun akhirat kerana dengannya menjadi benteng dan persedian kita untuk menghadapi hari-hari muka. Melihat kepada konteks zaman sekarang ini, tanpa ilmu kita akan mudah diserang oleh virus-virus dunia serta agenda-agenda mereka yang mahu melihat umat Islam lemah dan mundur.
Maka umat Islam perlu setiasa memperbaharui ilmu dunia dan akhirat dengan menimbanya,memperbanyakkan pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Semoga dengan ilmu-ilmu yang kita update ini menjadi benteng pada kita untuk berhadapan dengan dunia cyber yang semakin hari semakin banyak virus-virusnya.