Sunday, March 22, 2009

Buat yang tercinta!



Tut!tut!tut!...bunyi msg masuk menghentikan lamunan ak. Tetiba hati aku rase berdebar untuk membaca msg ..Jam di tangan dah menunjukkan pukul 00.01am. Belum sempat ak bace msg tadi, msg seterusnya pula masuk..." Mane ni?"..ak mengeluh kehampaan..selang beberapa minit masuk lagi msg2 baru.." Memang la..mesti x ingat nii!"...ak merasa sedikit kecewa..


Pagi esoknya ak jalankan aktiviti harian seperti biasa..pergi kuliah..memang hidup sebagai pelajar sentiasa sibuk dengan assgnment dan aktiviti persatuan lain.. Lebih2 yang dah final year..bertambah la sibuknyer...Ak cube sibukkan diri. Malas nak fikir pasal mlam tadi..tapi dalam hati masih lagi menunggu.." Hari ni mesti ingat, xpe ak tunggu sampai tengahari".ak bermonolog sendiri...


Lepas tengahhari masih juga tak dpat ape yang ak tunggukan...ak pun mengambil telefon dan dail no yang tertera "bondaku"..."Asalamualaikum"...kedengaran suara yang lembut menjawab.."waalaikummusalam"..seperti biasa aku akan bertanya khabar dan berbual sedikit dengan bonda tercinta..cuma kali nie agak lewat aku telefon bonda...saje..kononya pada tanggal 23 mac yang genap la umur ku 21 tahun, bonda ku akan telefon dan ucapkan selamat hari lahir buat anakanda nya tercinta..itula yang kuharapkan.


Tapi rupa2nya..bondaku juga terlupa..ak sedikit sedih..namun telah ku buang perasaan tu jauh2.Bonda telah banyak berkorban untuk ku..


Setelah selesai klas aku pulang ke bilik..niat dihati mahu merehatkan badan yang seharian x rehat."tok!tok!tok!..ak dikejutkan dengan ketukan pintu..rupanya kawan karibku Syahrifah datang..untuk wish birthday padaku..walau pun penat aku sambut die kerna sanggup bersusah payah datang bilik ak..lagi la pula bawa hadiah untuk ak sekali!..kami berbual2..ntak ape2 je yang dibualkan..


Sebelum beransur Syarifah berpesan pada ku..." Awak dah telefon ibu di rumah belum..ucap terima kasih pada dia kerana telah bersusah payah bertarung nyawa untuk lahirkn kita"..sambil tersenyum kawanku menyambung.." Sebagai anak jagan la kita harapkan yang mak ayah call,tapi biar kita yg mula kan..ubah sikit mentality masyarakat hari nie..yang kalau tiba hari lahir,dia perlu diraikan"....macam kene batang hidung ak je...sambil tersenyum.."dah2..baru tadi call"..syarifah pun berlalu pergi..ak masih berfikir




MORAL VALUENYER


bila menjelangnya hari lahir kita,kita selalu mengharapkan yg kawan,sahabat,isteri maaupun suami ingat hari lahir kita diraikan..tepat pukul 12 malam sebolehnye tunggu msg dari kawan..terutama dari yang "tercinta"..sehingga kita lupa yang ada orang yang lebih penting yang patut raikan iaitu IBU kita..


Bukankah die yang melahirkan kita didunia ini.pada Tarikh yang kita selalu harapkan hadiah dan ucapkan dari rakan2, bukankah sepatutnya kita yang menjadi orang pertama yang mengucapkan terima kasih pada bonda tercinta...namun begitula amalan2 kebiasaan yang telah menjadi budaya kita bila menjelangnya hari lahir..melebihkan org lain berbanding ibu kita..


marila kita same2 muhasabah diri..adakah kita pernah berbuat demikian..jika belum lakukanlah SEKARANG kerna belum tentu lepas anda baca entri ini anda dapat melakukannya pada BONDA TERCINTA.




p/s : bagi mereka yang lahir pada 23 Mac..saya ucapkan selamat hari lahir.semoga berjaya dunia akhirat..belum terlambat untuk anda mengucapkan terima kasih pada bonda tersayang..

pada sape2 yang belum tiba hari lahirnya,jgn lupa ye berbuat demikian..jgn tunggu bila tiba hr lahir..tapi seharusnya kita mulakan SEKARANG!..




0 comments: