Tuesday, April 7, 2009

MASJID

Masjid Kapitan Keling


“ tut!tut!tut!”..msg masuk.. “ sufi free tak petang nie?”...aku terus mengambil buku aktiviti harian aku..kot2 ade ape2 aktiviti yang dah terisi.. mmm,nampaknya takde ape2 petang. “ xde ape2 petang nie.kenapa sakinah?”… “qina nak ajak pergi masjid kapitan Keling nie..dalam kol 1..nak ikut x”.. “ nak!! kite jumpe kat masjid”..aku memang dah lame x pergi kat sane..hah kalau sape2 x tau.Masjid Kapitan Keling nie adalah salah satu monument sejarah di Penang..so datang la beramai2..


Seperti biasa, kami pergi menaiki krete dan sampai je disana, kami masuk ke ‘pejabat’ menunggu ‘mangsa’ pertama. Sementara duk menunggu sempat juga ak mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Aku bagai seorang perantau dr dulu kini dan selamnya tetapi tetap membangun bersama Islam. Dan memang secara fitrah kita manusia memang seorang perantau di bumi Allah nie.mmm sambil duk sempat juga aku berbual dan menginngat kembali pengajian perbandingan agama yang ak sertai bersama sakinah.


Dari jauh.. “ hah sufi! tue mangsa pertama kita”..dari dalam aku nampak sorang pelancong duk tengah ambil gambar dari luar pagar masjid.. “jom sufi kita panggil die”..lepas berkenalan dengan pelancong yg berketurunan India ini tapi menetap di AS akhrnya kami berjaya menawan hati die untuk masuk ke masjid. Bukan ajak sembahyang ye, tapi ajak die untuk terangkan sedikit apa yang terdapat dalam masjid dan kami yakin kebanyakkn non-muslim percaya yang mereka tidak dibenarkan masuk ke masjid.
Hah nie la peluang ak untuk praktikkan teori yang terpendam sampai nak berkulat nie..Kami gunakan teknik2 yang telah diajarkan oleh Bro. Kamrudin ,terangkan apa isi masjid, ape itu Islam sedikit asal-usul Nabi dan maklumat tentang islam..berdebar la juga..maklumlah,bro. memang serahkan 100% pada kami…tapi Alhamdulillah selesai juga kami sampaikan dakwah pada non-muslim nie.


Lepas tu tue ade 2 org lagi pelancong asing yang dari negara yang sama. Hah kali nie kami surrender..mane x nyer..depa nie free-thinker, x percaya agama..jadi macam2 la soklan yang ditanya.. tapi Alhamdulillah Bro. Kamrudin x pernah membiarkan anak didiknya bersendirian. Bro datang membantu.maka berlangsung la sesi soal jawab antara bro dan 2 orang non-muslim..dalam sola wanita bro. serahkan kepada kami sebab kalau ikut psikologinya ia lebih berkesan pada jika permpuan dengan perempuan.agak terperanjat juga pelancong wanita bile die tau kami nie pelajar u yang mengambil subjk kimia dan fizik. Sebab menurut mereka di negara mereka wanita nie dikatakan kolot dan kurang berpelajaran..wah..kami pula yang terkejut!..lama juga kami berdiskusi. Sedar x sedar sudah hampir asar baru kami bersurai.

Sebelum balik bro. pesan “ Dalam kita berdakwah dengan non-muslim nie kita bukan ajak mereka masuk Islam sebab tugas dakwah non-muslim nie kita hanya menyampaika,(convey) Kita bagai menanam benih pada diri sesorng itu dan selebihnya Allah la yang akan ‘menyiramnya’ dan ‘menumbuh biak’nya”.

" Ya Allah, Kau lindungilah kami dari doa yang tidak diterima, nafsu yang tidak pernah kenyang, dakwah dan ilmu yang tidak diterima. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, jika Engkau tidak ampuni kami,kami tergolong orang2 yang rugi. Maka ampunilah kami."


" kemulianku kerna ISLAM"



1 comments:

holy said...

What language do you speak dude? Do you have giardia?