Monday, April 13, 2009

SENJATA UMAT ISLAM?




Doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W selepas sembahyang sunat subuh:

Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat dariMu dan dengannya Engkau beri hidayah di dalam hatiku.



Ya Allah,
Aku meminta kepadaMu iman yang murni ,keyakinan yang sebenarnya sehingga aku sedar bahawa tiada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa yang telah Engkau putuskan dan aku meminta kepadaMu supaya aku redha dengn segla pemberian yang Engkau berikan.



Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu iman yang benar dan yakin tidak akan kufur lagi selepasnya dan aku memohon akan rahmatMu yang dengan rahmat itu akau data kemuliaan didunia dan akhirat kelak.


Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu akan keredhaan untuk menerima
keputusanmu dan keuntungan ketika aku berjumpa dengan Mu. Dan aku memohon kepadaMu diberikan kedudukan pada syuhada dan kehidupan orang2 bahagia dan aku memohon kemenangan terhadap segala musuh2 dan aku meminta supaya aku dikumpulkan dengan para Anbia diakhirat kelak.


Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku persembahkan segala hajatku, walau lemah pemikranku dan kurang amalanku. Aku sangat berharap kepada limpah rahmatMu wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara dan yang menyembuhkan segala penyakit yang ada dalam dada.


Ya Allah,
Seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan maka Engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksa kubur serta laungan kekesalan.


Ya Allah
Jadikanlah kami ini daripada golongan hambaMu yang mendapat petujuk dan memberi petunjuk kepada orang lain, bukan daripada golongan yang sesat dan bukan pula daripada mereka yang menyesatkan orang lain. Jadikanlah kami memusuhi orang yang memusuhi Engkau.



Ya Allah,
Inilah doa kami dan kepadaMu kami berserah dan berharap. Dan kami datang kepadaMu dan kepadaMu juga tempat kami kembali dan tiada daya dan upaya kecuali hanya dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Penyayang.


Ya Allah,
Jadikanlah bagiku, nur di dalam diriku dan nur pada pendengaranku dan nur pada penglihatanku dan nur dirambutku dan nur dikulitku,darah, tulang dan nur dihadapan,dibelakangku, dan nur dikanan dan kiriku dan atas dan bawahku.



Ya Allah


Tambahkanlah aku nur dan berilah aku sebesar2 nur dan jadikanlah bagiku nur dengan kemurahan Mu Ya Allah Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah.



''kemulianku kerna ISLAM''


Adapted by : Bidayatul Hidayah (Permulaan jalan hidayah), Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al Ghazali.




WARNING!!! : DOA MERUPAKAN SENJATA ORANG BERTAQWA, KALAU SEORANG MANUSIA YANG DIGELAR KEKASIH ALLAH YANG TELAH DIJANJIKAN SYURGA MAMPU BERDOA SEDEMIKIAN RUPA,INIKAN PULA KITA INSAN LEMAH,LAGI KERDIL DAN HINA. MARILAH BERMUHASABAH...



0 comments: