Monday, April 13, 2009

TAWARAN HEBAT UNTUK SEMUA!


Tawaran hebat!

Dalam kesibukan exam nie sempat juga saya mencuri masa berkongsi dengan pembaca2 sekalian... Sape yang tak ambil peluang memang rugila…senang je nak dapat kalau kita amalkan..tawaran yang saya maksudkan ini bukan la tawaran yang menyediakan wang yang berjuta, emas yang berpeti atau pangkat yang tinggi, tapi tawaran ini adalah tawarn yang diberi sendiri oleh zat Yang Maha Tinggi dari segala yang berpangkat tinggi..huh..dapat bayagkan tak?

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hasanah (kebaikkan). Satu kebaikan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf. Tetapi huruf alif itu satu,lam itu satu, dan mim itu satu” -Hadits sahih riwayat al-Tarmizi, al-Darimi

Bukankan membaca Al-Quran mampu menambahkan amalan timbangan kita diakhirat kelak? Ini lah tawaran yang saya maksudkan..Rugi lah umat ISLAM yang diberi kelebihan dan gandaan oleh Allah tetapi itulah yang sering kali kita abaikan. Bahkan dirasakan amalan mereka sudah mencukupi untuk timbangan di atas Mizan kelak.

Pada hari ini, bukan saja umat Islam sudah tidak ingin memahami isi kandungan Alquran, malah ada sebahagian daripada mereka yang tidak tahu langsung untuk membaca AlQuran..hah yang nie saya xnak salahkan sape2..rasanyer tepuk dada,tanya iman masing2.mm..tak hairanlah mengapa akidah segelintir antara kita pada hari ini yang mudah goyah,maka berlakulah kes2 murtad dalam kalangan remaja. (semoga kita semua dijauhkan).

Cuba anda semua bayangkan (semestinya saya juga bayangkan), pada asal penurunan AlQuran para sahabat yang memeluk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah amat gembira dengan penurunan wahyu ini. Malah mereka membacanya sehinggakan menangis. Ini kerana AlQuran memandu hidup mereka yang dahulunya pesong, menggembirakan hati mereka dengan janji2 yang bakal diberikan Allah kelak, serta menerangkan hukum2 yang selama ini mereka tidak tahu dan sebagainya.

Amat sangatlah berbeza antara golongan yang benar2 beriman dan golongan yang munafik. Hati golongan yang munafik sentiasa gelisah apabila menemui ayat2 hukum. Jiwa mereka memberontak dengan apa yang di HARAM dan di LARANG oleh Allah. Mereka berusaha memutarbelitkan makna. Berbeza pula dengan mukmin sejati. Apa2 yang diperintahkan mereka lakukan dan apa yang dilarang mereka tinggalkan tanpa mempersoalkan. Jadi dimanakah kita?
Tidakkah kita patut berasa beruntung dan berusaha untuk merebut tawaran ini. Jadi mari kita bersama2 merebut peluang untuk dapatkan bonus dengan jaminan ganjaran yang 100% tanpa riba dan faedah
''kemuliaanku kerna ISLAM''


0 comments: