Saturday, April 4, 2009

NEVER GIVE UP MY DEAR FRIEND!

-“ Sharifah, nisa rasa bersalah la. Masa awal2 dulu min masuk bilik nie die x macam nie. Adakah salah nisa berdakwah pada die, nisa takut kalau sebab nisa die berubah”..nisa mengadu kepada ku masalah yang dihadapinya. Memang sejak kebelakangan ini aku juga perasan perubahan pada rakan sebiliknya yang semakin berbeza. Kalau dulu bertudung molek,sekarang ‘on off’ kalau bertudung. Bile di rasa perlu sahaja. Nisa pula tidak selalu dibilik kerana kesibukannya dalam menyiapkan final year projek menyebabkan die kurang berinteraksi dengan roomatenya.-


Kisah ini xde kene mengena dengan sesiapa pun, tetapi aku yakin ia sebenarnya berlaku. Manusia nie macam2 ragamnya. Entri kali nie saya berminat nak berkongsi mengenai training ESQ yang saya pergi hampir setahun lalu. Walaupun telah lama berlalu tapi, kesannya sampai sekarang. Memang x rugi sape pergi dan saya terpilih sertai nie juga merupakan suatu hikmah..Hikmah itu akan dirasa pada empunya diri sahaja, yang sedang mencari, memerhati dan terus mencari.


“ Tidakkah mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka mengerti, dan telinga yang denga itu mereka mendengar? Sungguh, bukanlah matanya yang buta tapi yang buta ialah hatinya yang ada dalam (rongga ) dadanya.” ( 22: 46)

Saya suka ayat nie.. Kalau dalam sains kita perlu membuat pemerhatian, menganalisis dan membuat keputusan n kesimpulan, begitu jugalah pada manusia. Kita juga perlu memerhati dan tidak terburu2 dalam membuat keputusan. Banyak yang kita boleh lihat, memang manusia kalau di tanya mereka tahu syariat yang Islam bawa. Tapi kerna keegoaan diri, mereka meninggalkannya walaupun tahu balasan yang bakal menanti. Kesannya, banyaklah masalah2 sosial yang berlaku dala kalangan masyarakat, rasuh berleluasa, jenayah disana – sini. Peraturan Allah ditinggalkan.



Saya suka melihat pada analogi ini. Dalam penciptaan langit dan bumi yang sillih berganti, Allah telah sediakan peraturan bagi ‘makhluk’ ini. Bumi ,bulan matahari dan planet2 lain mengelilingi orbitnya dengan teratur . Tapi apakah yag akan berlaku sekiranya planet2 nie tergelincir 0.0000001 nm? Mmm..sudah pasti planet2nie akan berlanggar antara satu sama lain. Begitu jugalah manusia. Pasti ada hikmah bagi setiap peraturan Allah. Jangan terburu2 wahai diri, buatla pemerhatian dan penilaian dalam kehidupan.

“ Kami telah memperlihatkan kepada mereka tanda2 kebesaran Allah disegenap penjuru langit dan bumi dan pada diri mereka sediri, sehingga jelaslah AlQuran itu benar” (41:53)

“ Sabar lah nisa, jangan menyesal..dalam berdakwah kita hanya tanamkan benih pada diri seseorang.seterusnya adalah urusan ALLAH, hidayah adalah milik Allah. mungkin dakwah yang kamu beri nie merupakan satu bonus untuk die berubah suatu hari nanti.” pujukku.

" kemuliaanku kerna ISLAM"

0 comments: