Wednesday, April 1, 2009

VIRUS MEMBIAK LAGI.

Alhamdulillah.. AT LAST IM SWEAT!!..dalam keadaan malas2 nie ak kuatkan juga semangat..apa yg dirancang malam tadi sebelum tido mesti aku buat.." kau kene lawan" aku bermonolog...seperti kebiasaan setiap hari aku rancang sebelum tido apa aktiviti yang nak dibuat pada esoknya..memang macam2 rancangan..so, aktiviti pertama aku hr nie..lepas solat n sedikit makanan rohani, ak bersiap2 untuk berjoging..

memang menenangkna joging pagi2 nie...minda pun cergas mata pun sihat tgk pokok di tasik nie...lepas joging ak bercadang nak jalan dulu.sambil sejukan badan (coolin' down)..tetiba mata ak tertumpu pada dua orang anak muda sedang berjalan berduaan dengan berpakaian sukan. Si perempuan kelihatan sopan. Si lelaki nampak macam 'cover2' bile ak lalu sebelah mereka...dalam hati " nie nak joging sama ke nak ape nie"...akhirnya ak tegur mereka..walaupun ak x kenal tapi ak yakin mereka berdua masih lagi belajar dan xde pertalian apa..

ok stop la sampai situ..


kisah tadi membuatkan saya teringat entri yg tergendala dek kerana kesibukan duniawi..kalau sebelum nie saya dah bercerita mengenai 2 tahap virus dosa yang merosakkan hati manusia iaituyg pertama rasa bersalah dengan dosa,ke-2 rasa biasa dengan dosa..dan seterusnya :


3. RASA SERONOK DENGAN DOSA


Dosa nie adalah racun yg disalut kemanisan dan keindahannak buat dosa memang senang tapi kalau nka buat kebaikan punya lah payah..perlu dipaksa dan diingatkan. Dari tahap " seronok dengan dosa" meningkat la setahap virus dosa ini.

pada tahap ini manusia sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakuka dosa. Dosa yang dilakuakn bagaikan suatu nikmat. doasa yang dilakukan bagaikan fatamorgana yg berkubu kuat di dalam hati.

begitulah yang terjadi pada remaja kini. Apabila dilamun cinta bermula dengan "msg2". kemudian buat pertemuan untuk perjumpa.kali pertama masing2 malu2 kambing..makan x kenyang,tidur x lena, mandi x basah..huh..sekali berjumpa x cukup..dirancang lagi pertemuan seterusnya..nie la dikatakan nafsu..walaupun cinta itu adalah fitrah tapi apabila kita melalukan sesuatu yg ditegah oleh Allah, secara fitrahya, hati kita akan gusar..namun apabila sudah rasa tidak bersalah n sudah biasa dengan dosa akhirnya rasa seronok dengan dosa yg dilakukan..ia bagaikan suatu tradisi dan kebiasaan.


4. JADI PEMBELA KEPADA DOSA


Nafsu yang x pernah kenyang akan membuatkan manusia sentiasa mencari ruang sehingga melakukan sesuatu diluar batas. Syaitan yang merupakan musuh yang x pernah tidur akan sentiasa berusaha untuk " menidurkan" manusai dengan lebuh raya 'nafsu' dan 'kenderaan' sifat2 mazmumah. semakin lama hati makin seronok kerana ia telah maju setapak. Ini la tahap nafsu yang dahsyat dan tenat. Leseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembelanya.


AWAS!..Hati yang semakin lama semakin sakit ini akan menjadi buta akhirnya. Allah berfirman : " Dan sesiapa di dunia ini yang buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya " (17:72)


Dalam Holly Quran juga ada mengatakan, Dan syaitan berkata " Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan keapdamu tapi aku telah menyalahinya. Tidak ada kuasa bagiku terhadapmu, melainkan untuk menyeru kamu lalu mematuhi seruanku, oleh sebab itu jangan lah kamu mencerca aku, TETAPI CERCALAH DIRI MU" (14:22)


Jadi saya menyeru kepada diri sendiri terutamanya supaya kambalilah kita pada Pencipta kita. Alangkah indahnya sekiranya kita dapat menjaga hati daripada virus2 dosa ini. Kerana pengakhiran kita bukan lah setakat ini, namun kampung akhirat la yaang ABADI..

0 comments: